30 November 2011 30 November 2011 P.U. (A) 386 | WARTAKERAJAANPERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE |
KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERJANJIAN PEMBELIAN KUASA TENAGA BOLEH BAHARU) 2011 RENEWABLE ENERGY (RENEWABLE ENERGY POWER PURCHASE AGREEMENT) RULES 2011 |
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS |
AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011
KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERJANJIAN PEMBELIAN KUASA TENAGA BOLEH BAHARU) 2011
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 12 dan perenggan 61(b) Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725], Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Baharu) 2011.
(2) Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2011.
Tafsiran
2. Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“kapasiti eksport bersih” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam kaedah 2 Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011 [P.U. (A) 387/2011];
“kW” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam kaedah 2 Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011;
“kWp” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam kaedah 2 Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011;
“kWp berkadar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam kaedah 2 Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011;
“meter hasil” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam kaedah 2 Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011;
“MW” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam kaedah 2 Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011;
“tempat sambungan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam kaedah 2 Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011.
Pemegang lesen pengagihan hendaklah membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu
3. Apabila notis bertulis di bawah subkaedah 12(1) Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Tarif Galakan) 2011 [P.U. (A) 385/2011] diterima bahawa permohonan bagi kelulusan galakan telah diluluskan, pemegang lesen pengagihan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen 12(2) Akta, membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan pemegang kelulusan galakan itu—
(a) mengikut jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah 5(1);
(b) yang mengandungi kandungan sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah 5(2) dan, jika terpakai, subkaedah 5(3); dan
(c) dalam bentuk sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah 5(4).
Tempoh untuk membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu
4. Pemegang lesen pengagihan hendaklah membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan pemegang kelulusan galakan menurut kaedah 3—
(a) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kWp berkadar sehingga dan termasuk 1,000 kWp dan yang menggunakan fotovolta suria sebagai sumber boleh baharunya, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis bertulis di bawah subkaedah 12(1) Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Tarif Galakan) 2011; dan
(b) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu selain pepasangan tenaga boleh baharu yang disebut dalam perenggan (a), dalam masa enam puluh hari dari tarikh penerimaan notis bertulis di bawah subkaedah 12(1) Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Tarif Galakan) 2011.
Jenis, kandungan dan bentuk perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu
5. (1) Jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang disebut dalam kaedah 3 hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual dengan mengambil kira sumber boleh baharu yang akan digunakan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual dan kapasiti pepasangan tenaga boleh baharu yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual.
(2) Kandungan setiap jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (1) hendaklah mengandungi peruntukan minimum yang berikut:
(a) bahawa perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu itu hendaklah terus berkuat kuasa sepanjang tempoh berkuat kuasa sebagaimana yang dinyatakan dalam kelulusan galakan, melainkan jika perjanjian itu ditamatkan lebih awal mengikut peruntukan perjanjian itu;
(b) bahawa pemegang kelulusan galakan hendaklah menjual dan menghantar, dan pemegang lesen pengagihan hendaklah membeli dan menerima, tenaga boleh baharu yang dijana oleh pepasangan tenaga boleh baharu pemegang kelulusan galakan dan dimeterkan oleh pemegang lesen pengagihan di tempat sambungan;
(c) bahawa harga yang hendaklah dibayar oleh pemegang lesen pengagihan kepada pemegang kelulusan galakan bagi tenaga boleh baharu yang dijana dan dihantar oleh pepasangan tenaga boleh
baharu pemegang kelulusan galakan itu ialah kadar tarif galakan sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa mengikut Akta dan Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Tarif Galakan) 2011;
(d) bahawa pemegang kelulusan galakan hendaklah mengendalikan pepasangan tenaga boleh baharunya dengan menggunakan sumber boleh baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam kelulusan galakannya;
(e) bahawa pembacaan meter hasil, penyediaan dan pengeluaran pemberitahu bayaran dan pembayaran yang dibuat menurut pemberitahu bayaran itu hendaklah dibuat mengikut Kaedah- Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011;
(f) bahawa mana-mana pihak kepada perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu boleh menamatkan perjanjian itu mengikut peruntukan perjanjian itu jika pihak yang satu lagi telah memungkiri perjanjian itu yang kemungkiran itu ialah suatu jenis yang, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian, memberi hak kepada pihak yang pertama disebut untuk menamatkan perjanjian itu; dan
(g) bahawa perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu hendaklah tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang- undang Malaysia.
(3) Kandungan setiap jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (1) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang disebut dalam perenggan 4(b) hendaklah mengandungi peruntukan tambahan yang berikut:
(a) bahawa jika pemegang lesen pengagihan menamatkan perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu itu disebabkan oleh kemungkiran perjanjian oleh pemegang kelulusan galakan yang kemungkiran itu ialah suatu jenis yang, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian, memberi hak kepada pemegang lesen pengagihan untuk menamatkan perjanjian itu, pemegang lesen pengagihan itu hendaklah mempunyai pilihan untuk membeli pepasangan tenaga boleh baharu itu dengan cara dan bagi harga belian sebagaimana yang ditentukan mengikut peruntukan perjanjian itu; dan
(b) bahawa jika pemegang kelulusan galakan menamatkan perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu itu disebabkan oleh kemungkiran perjanjian oleh pemegang lesen pengagihan yang kemungkiran itu ialah suatu jenis yang, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian, memberi hak kepada pemegang kelulusan galakan untuk menamatkan perjanjian itu, pemegang kelulusan galakan itu hendaklah mempunyai pilihan untuk menjual pepasangan tenaga boleh baharu itu kepada pemegang lesen pengagihan dengan cara dan bagi harga belian sebagaimana yang ditentukan mengikut peruntukan perjanjian itu.
(4) Setiap jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (1) hendaklah dalam bentuk perjanjian yang bertarikh 1 Disember 2011.
(5) Bentuk perjanjian yang disebut dalam subkaedah (4) hendaklah dijadikan tersedia oleh Pihak Berkuasa di mana-mana pejabatnya dan dalam laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa.
Penyimpangan daripada bentuk perjanjian
6. Apa-apa penyimpangan daripada bentuk perjanjian yang disebut dalam subkaedah 5(4) oleh pemegang lesen pengagihan atau pemegang kelulusan galakan menghendaki kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa terlebihdahulu.
Pindaan kepada bentuk perjanjian oleh Pihak Berkuasa
7. Jika Pihak Berkuasa membuat apa-apa pindaan kepada bentuk perjanjian yang disebut dalam subkaedah 5(4), Pihak Berkuasa hendaklah—
(a) menyimpan rekod yang sewajarnya berkenaan dengan pindaan yang dibuat dan tarikh pindaan itu dibuat; dan
(b) menjadikan tersedia bentuk perjanjian yang dikemas kini di mana-mana pejabatnya dan dalam laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa.
Pengemukaan salinan terperaku
8. Pemegang kelulusan galakan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh penyempurnaan perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu oleh kedua-dua pemegang lesen pengagihan dan pemegang kelulusan galakan, mengemukakan salinan terperaku bagi perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang telah disempurnakan kepada Pihak Berkuasa bagi pendaftaran.
JADUAL
[Subkaedah 5(1)]
JENIS PERJANJIAN PEMBELIAN KUASA TENAGA BOLEH BAHARU (1) (2) (3)
Sumber boleh baharu
Kapasiti pepasangan tenaga boleh baharu
Jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu
1. Biogas (a) Pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih sehingga dan termasuk 10 MW
BG1: Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu bagi pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih sehingga dan termasuk 10 MW dan yang menggunakan biogas sebagai sumber boleh baharunya
(b) Pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih melebihi 10 MW dan sehingga dan termasuk 30 MW
2. Biojisim (a) Pepasangan tenaga
boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih sehingga dan termasuk 10 MW
BG2: Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu bagi pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih melebihi 10 MW dan sehingga dan termasuk 30 MW dan yang menggunakan biogas sebagai sumber boleh baharunya
BM1: Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu bagi pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih sehingga dan termasuk 10 MW dan yang menggunakan biojisim sebagai sumber boleh baharunya
Sumber boleh baharu
Kapasiti pepasangan tenaga boleh baharu
(b) Pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih melebihi 10 MW dan sehingga dan termasuk 30 MW
Jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu
BM2: Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu bagi pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih melebihi 10 MW dan sehingga dan termasuk 30 MW dan yang menggunakan biojisim sebagai sumber boleh baharunya
(a) Pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport
bersih sehingga dan termasuk 10 MW
(b) Pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih melebihi 10 MW dan sehingga dan termasuk 30 MW
HP1: Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu bagi pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih sehingga dan termasuk 10 MW dan yang menggunakan hidrokuasa kecil sebagai sumber boleh baharunya
HP2: Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu bagi pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kapasiti eksport bersih melebihi 10 MW dan sehingga dan termasuk 30 MW dan yang menggunakan hidrokuasa kecil sebagai sumber boleh baharunya
4. Fotovolta suria
(a) Pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kWp berkadar sehingga dan termasuk 1,000 kWp
PV1: Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu bagi pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kWp berkadar sehingga dan termasuk 1,000 kWp dan yang menggunakan fotovolta suria sebagai sumber boleh baharunya
Sumber boleh baharu
Kapasiti pepasangan tenaga boleh baharu
(b) Pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kWp berkadar melebihi 1,000 kWp dan sehingga dantermasuk 12,000 kWp
Jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu
PV2: Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu bagi pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kWp berkadar melebihi 1,000 kWp dan sehingga dan termasuk 12,000 kWp dan yang menggunakanfotovolta suria sebagai sumber boleh baharunya
(c) Pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kWp berkadar melebihi 12,000 kWp dan sehingga dan termasuk 30,000 kWp
PV3: Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu bagi pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kWp berkadar melebihi 12,000 kWp dan sehingga dan termasuk 30,000 kWp dan yang menggunakan fotovolta suria sebagai sumber boleh baharunya
Dibuat 29 November 2011 [SEDA: SS 008; PN(PU2)693/II]
TAN SRI DR FONG CHAN ONN
Pengerusi
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia
---
RENEWABLE ENERGY ACT 2011
RENEWABLE ENERGY (RENEWABLE ENERGY POWER PURCHASE AGREEMENT) RULES 2011
IN exercise of the powers conferred by section 12 and paragraph 61(b) of the Renewable Energy Act 2011 [Act 725], the Sustainable Energy Development Authority Malaysia makes the following rules:
Citation and commencement
1. (1) These rules may be cited as the Renewable Energy (Renewable Energy Power Purchase Agreement) Rules 2011.
(2) These Rules come into operation on 1 December 2011.
Interpretation
2. In these Rules, unless the context otherwise requires—
“net export capacity” has the meaning assigned to it in rule 2 of the Renewable Energy (Technical and Operational Requirements) Rules 2011 [P.U. (A) 387/2011];
“kW” has the meaning assigned to it in rule 2 of the Renewable Energy (Technical and Operational Requirements) Rules 2011;
“kWp” has the meaning assigned to it in rule 2 of the Renewable Energy (Technical and Operational Requirements) Rules 2011;
“rated kWp” has the meaning assigned to it in rule 2 of the Renewable Energy (Technical and Operational Requirements) Rules 2011;
“revenue meter” has the meaning assigned to it in rule 2 of the Renewable Energy (Technical and Operational Requirements) Rules 2011;
“MW” has the meaning assigned to it in rule 2 of the Renewable Energy (Technical and Operational Requirements) Rules 2011;
“connection point” has the meaning assigned to it in rule 2 of the Renewable Energy (Technical and Operational Requirements) Rules 2011.
Distribution licensee is to enter into renewable energy power purchase agreement
3. Upon receipt of the written notice under subrule 12(1) of the Renewable Energy (Feed-in Approval and Feed-in Tariff Rate) Rules 2011 [P.U. (A) 385/2011] that an application for a feed-in approval has been approved, the distribution licensee shall, subject to subsection 12(2) of the Act, enter into a renewable energy power purchase agreement with the feed-in approval holder—
(a) according to the types of the renewable energy power purchase agreement as specified in subrule 5(1);
(b) which contains the substance as specified in subrule 5(2) and, if applicable, subrule 5(3); and
(c) in the form as specified in subrule 5(4).
Period to enter into renewable energy power purchase agreement
4. The distribution licensee shall enter into a renewable energy power purchase agreement with the feed-in approval holder pursuant to rule 3—
(a) in respect of a renewable energy installation having a rated kWp of up to and including 1,000 kWp and utilizing solar photovaltaic as its renewable resource, within thirty days from the date of receipt of the written notice under subrule 12(1) of the Renewable Energy (Feed-in Approval and Feed-in Tariff Rate) Rules 2011; and
(b) in respect of a renewable energy installation other than a renewable energy installation referred to in paragraph (a), within sixty days from the date of receipt of the written notice under subrule 12(1) of the Renewable Energy (Feed-in Approval and Feed-in Tariff Rate) Rules 2011.
Types, substance and form of renewable energy power purchase agreement
5. (1) The types of the renewable energy power purchase agreement referred to in rule 3 shall be as specified in column (3) of the Schedule having regard to the renewable resource to be utilized as specified in column (1) of the Schedule and the capacity of the proposed renewable energy installation as specified in column (2) of the Schedule.
(2) The substance of each type of the renewable energy power purchase agreement as specified in subrule (1) shall contain the following minimum provisions:
(a) that the renewable energy power purchase agreement shall remain in effect throughout the effective period as specified in the feed-in approval, unless the agreement is terminated earlier in accordance with the provisions of such agreement;
(b) that the feed-in approval holder shall sell and deliver, and the distribution licensee shall purchase and accept, the renewable energy generated by the feed-in approval holder’s renewable energy installation and metered by the distribution licensee at the connectionpoint;
(c) that the price to be paid by the distribution licensee to the feed-in approval holder for the renewable energy generated and delivered by the feed-in approval holder’s renewable energy installation shall be the feed-in tariff rate as determined by the Authority in accordance with the Act and the Renewable Energy (Feed-in Approval and Feed-in Tariff Rate) Rules 2011;
(d) that the feed-in approval holder shall operate his or its renewable energy installation utilizing the renewable resource as specified in his or its feed-in approval;
(e) that the reading of revenue meters, the preparation and issuance of payment advices and the payments made pursuant to such payment advices shall be made in accordance with the Renewable Energy (Technical and Operational Requirements) Rules 2011;
(f) that either party to the renewable energy power purchase agreement may terminate the agreement in accordance with the provisions of the agreement if the other party has breached the agreement where the breach is of a type which, as provided for in the agreement, entitles the first-mentioned party to terminate the agreement; and
(g) that the renewable energy power purchase agreement shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia.
(3) The substance of each type of the renewable energy power purchase agreement as specified in subrule (1) in respect of a renewable energy installation referred to in paragraph 4(b) shall contain the following additional provisions:
(a) that if the distribution licensee terminates the renewable energy power purchase agreement as a result of a breach of the agreement by the feed-in approval holder where the breach is of a type which, as provided for in the agreement, entitles the distribution licensee to terminate the agreement, the distribution licensee shall have the option to purchase the renewable energy installation in the manner and for the purchase price as determined in accordance with the provisions of the agreement; and
(b) that if the feed-in approval holder terminates the renewable energy power purchase agreement as a result of a breach of the agreement by the distribution licensee where the breach is of a type which, as provided for in the agreement, entitles the feed-in approval holder to terminate the agreement, the feed-in approval holder shall have the option to sell the renewable energy installation to the distribution licensee in the manner and for the purchase price as determined in accordance with the provisions of the agreement.
(4) Each type of the renewable energy power purchase agreement as specified in subrule (1) shall be in the form of agreement dated 1 December 2011.
(5) The form of agreement referred to in subrule (4) shall be made available by the Authority at any of its offices and on the official website of the Authority.
Deviation from the form of agreement
6. Any deviation from the form of agreement referred to in subrule 5(4) by a distribution licensee or a feed-in approval holder shall require the prior written approval of the Authority.
Amendment to the form of agreement by Authority
7. Where the Authority makes any amendment to the form of agreement referred to in subrule 5(4), the Authority shall—
(a) keep proper records in respect of the amendment made and the date on which the amendment was made; and
(b) make available the updated form of agreement at any of its offices and on the official website of theAuthority.
Submission of certified copy
8. The feed-in approval holder shall, within seven days from the date of the execution of the renewable energy power purchase agreement by both the distribution licensee and the feed-in approval holder, submit a certified copy of the executed renewable energy power purchase agreement to the Authority for registration.
SCHEDULE
[Subrule 5(1)]
TYPES OF RENEWABLE ENERGY POWER PURCHASE AGREEMENT (1) (2) (3)
Renewable resource
Capacity of renewable energy installation
Types of renewable energy power purchase agreement
1. Biogas (a) Renewable energy installation having a net export capacity of up to and including 10 MW
(b) Renewable energy installation having a net export capacity of above
10 MW and up to and including 30 MW
2. Biomass (a) Renewable energy
installation having a net export capacity of up to and including 10 MW
BG1: Renewable energy power purchase agreement for a renewable energy installation having a net export capacity of up to and including 10 MW and utilizing biogas as its renewable resource
BG2: Renewable energy power purchase agreement for a renewable energy installation having a net export capacity of above 10 MW and up to and including 30 MW and utilizing biogas as its renewable resource
BM1: Renewable energy power purchase agreement for a renewable energy installation having a net export capacity of up to and including 10 MW and utilizing biomass as its renewable resource
Renewable resource
3. Small hydropower
Capacity of renewable energy installation
(b) Renewable energy installation having a net export capacity of above
10 MW and up to and including 30 MW
(a) Renewable energy installation having a net export capacity of up to and including 10 MW
(b) Renewable energy installation having a net export capacity of above 10 MW and up to and including 30 MW
Types of renewable energy power purchase agreement
BM2: Renewable energy power purchase agreement for a renewable energy installation having a net export capacity of above 10 MW and up to and including 30 MW and utilizing biomass as its renewableresource
HP1: Renewable energy power purchase agreement for a renewable energy installation having a net export capacity of up to and including 10 MW and utilizing small hydropower as its renewable resource
HP2: Renewable energy power purchase agreement for a renewable energy installation having a net export capacity of above 10 MW and up to and including 30 MW and utilizing small hydropower as its renewable resource
4. Solar photovoltaic
(a) Renewable energy installation having a rated kWp of up to and including 1,000 kWp
PV1: Renewable energy power purchase agreement for a renewable energy installation having a rated kWp of up to and including 1,000 kWp and utilizing solar photovoltaic as its renewable resource
(b) | Renewable energy | PV2: | Renewable energy power |
| installation having | | purchase agreement for a |
| a rated kWp of | | renewable energy installation |
| above 1,000 kWp | | having a rated kWp of above |
| and up to and | | 1,000 kWp and up to and |
| including 12,000 | | including 12,000 kWp and |
| kWp | | utilizing solar photovoltaic as |
| | | its renewable resource |
Renewable resource
Capacity of renewable energy installation
(c) Renewable energy installation having a rated kWp of above 12,000 kWp and up to and including 30,000 kWp
Types of renewable energy power purchase agreement
PV3: Renewable energy power purchase agreement for a renewable energy installation having a rated kWp of above 12,000 kWp and up to and including 30,000 kWp and utilizing solar photovoltaic as its renewable resource
Made 29 November 2011 [SEDA: SS 008; PN(PU2)693/II]
TAN SRI DR FONG CHAN ONN
Chairman
Sustainable Energy Development Authority Malaysia