26 Disember 2013 26 December 2013 P.U. (A) 375 | WARTAKERAJAANPERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE |
PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERUNTUKAN DARIPADA TARIF ELEKTRIK) 2013 RENEWABLE ENERGY (ALLOCATION FROM ELECTRICITY TARIFFS) ORDER 2013 |
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS |
AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011
PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERUNTUKAN DARIPADA TARIF ELEKTRIK) 2013
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 24(1) Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Tenaga Boleh Baharu (Peruntukan daripada Tarif Elektrik) 2013.
(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.
Tafsiran
2. Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bulan peruntukan” ertinya suatu bulan kalendar yang bermula dari 1 Januari
2014;
“pemegang lesen pengagihan” ertinya pemegang lesen pengagihan yang disenaraikan dalam Jadual.
Peruntukan dan pembayaran daripada tarif elektrik
3. (1) Seseorang pemegang lesen pengagihan hendaklah memperuntukkan dan membayar ke dalam Kumpulan Wang bagi setiap bulan peruntukan suatu jumlah yang bersamaan dengan satu perpuluhan enam peratus daripada tarif yang dikenakan dan dipungut, selepas ditolak apa-apa diskaun yang terpakai, di bawah subseksyen 26(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] daripada pengguna di Semenanjung Malaysia dan Sabah selain pengguna domestik yang menggunakan bekalan elektrik sebanyak tiga ratus kilowatt jam dan ke bawah bagi setiap bulan.
(2) Tarif yang dikenakan dan dipungut di bawah subperenggan (1) hendaklah berdasarkan kepada—
(a) elektrik sebenar yang dibekalkan (dalam kilowatt jam); dan
(b) di mana-mana jua terpakai, kesediaan bekalan elektrik (dalam kilowatt)
(3) Jumlah yang diperuntukkan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang setiap bulan secara menunggak mengikut cara yang berikut:
(a) pembayaran bulanan pertama mengandungi peruntukan yang dibuat dalam bulan peruntukan Januari 2014 hendaklah dibayar oleh pemegang lesen pengagihan ke dalam Kumpulan Wang pada atau sebelum 1 Mei 2014; dan
(b) setiap pembayaran bulanan yang berikutnya mengandungi peruntukan yang dibuat bagi setiap bulan peruntukan selepas Januari 2014 hendaklah dibayar oleh pemegang lesen pengagihan ke dalam Kumpulan Wang pada atau sebelum hari pertama bagi bulan keempat selepas bulan peruntukan masing-masing.
Penyelarasan pembayaran
4. (1) Pihak Berkuasa hendaklah pada setiap tahun menyelaraskan semua pembayaran yang dibuat oleh pemegang lesen pengagihan di bawah subperenggan 3(3) dengan jumlah yang bersamaan dengan satu perpuluhan enam peratus daripada tarif yang dikenakan dan dipungut di bawah subseksyen 26(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 yang dinyatakan di bawah subperenggan 3(1) berdasarkan penyata kewangan teraudit pemegang lesen pengagihanitu.
(2) Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa, bagi maksud penyelarasan tahunan yang disebut dalam subperenggan (1), meminta pemegang lesen pengagihan untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sokongan lain dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu, atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.
(3) Apabila menerima permintaan di bawah subperenggan (2), pemegang lesen pengagihan hendaklah memberikan maklumat atau dokumen sokongan lain itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.
(4) Selepas penyelarasan tahunan di bawah subperenggan (1) dibuat dengan mengambil kira maklumat atau dokumen sokongan yang lain yang disebut dalam subperenggan (3), Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu laporan kepada pemegang lesen pengagihan.
(5) Walaupun maklumat atau dokumen sokongan lain yang diminta di bawah subperenggan (2) tidak diberikan oleh pemegang lesen pengagihan di bawah subperenggan (3), Pihak Berkuasa hendaklah meneruskan dengan penyelarasan di bawah subperenggan (1) dan mengeluarkan suatu laporan kepada pemegang lesen pengagihan itu.
(6) Pihak Berkuasa hendaklah memberikan satu salinan laporan yang dikeluarkan di bawah subperenggan (4) atau (5) kepada Menteri.
(7) Laporan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah subperenggan
(4) atau (5) adalah muktamad.
Mendapatkan semula kekurangan
5. (1) Jika laporan yang disebut dalam subperenggan 4(4) atau (5) menunjukkan terdapat suatu kekurangan dalam peruntukan atau pembayaran yang dibuat oleh pemegang lesen pengagihan di bawah perenggan 3, Pihak Berkuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, memberitahu pemegang lesen pengagihan itu secara bertulis tentang kekurangan itu dan meminta pemegang lesen pengagihan itu untuk membayar kekurangan itu ke dalam Kumpulan Wang.
(2) Seseorang pemegang lesen pengagihan hendaklah membayar kekurangan di bawah subperenggan (1) ke dalam Kumpulan Wang tanpa apa-apa bunga dalam masa
tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan itu oleh pemegang lesen pengagihan itu.
Pembayaran balik lebih bayaran
6. Jika laporan yang disebut dalam subperenggan 4(4) atau (5) menunjukkan terdapat lebih bayaran dalam peruntukan atau pembayaran yang dibuat oleh pemegang lesen pengagihan di bawah perenggan 3, Pihak Berkuasa hendaklah membayar balik lebih bayaran itu tanpa bunga kepada pemegang lesen pengagihan itu daripada Kumpulan Wang dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pengeluaran laporan itu.
Pembatalan
7. Perintah Tenaga Boleh Baharu (Peruntukan daripada Tarif Elektrik) 2011 [P.U. (A) 384/2011] dibatalkan.
JADUAL
[Perenggan 2] PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN
Butiran | Nama |
1. | Tenaga Nasional Berhad |
2. | Sabah Electricity Sdn. Bhd. |
3. | NUR Distribution Sdn. Bhd. |
Dibuat 24 Disember 2013
[KeTTHA: BP(S)9/14 Klt. 5; PN(PU2)693/IV]
DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
---
RENEWABLE ENERGY ACT 2011
RENEWABLE ENERGY (ALLOCATION FROM ELECTRICITY TARIFFS) ORDER 2013
IN exercise of the powers conferred by subsection 24(1) of the Renewable Energy Act 2011 [Act 725], the Minister makes the following order:
Citation and commencement
1. (1) This order may be cited as the Renewable Energy (Allocation from Electricity Tariffs) Order 2013.
(2) This Order comes into operation on 1 January 2014.
Interpretation
2. In this Order, unless the context otherwise requires—
“allocation month” means a calendar month commencing from 1 January 2014; “distribution licensee” means the distribution licensee listed in the Schedule.
Allocation and payment from electricity tariffs
3. (1) A distribution licensee shall allocate and pay into the Fund for each allocation month a sum equivalent to one point six per centum of the tariffs levied and collected, after deducting any applicable discounts, under subsection 26(1) of the Electricity Supply Act 1990 [Act 447] from its consumers in Peninsular Malaysia and Sabah other than domestic consumers utilizing electricity supply of three hundred kilowatt hours and below permonth.
(2) The tariffs levied and collected under subparagraph (1) shall be based
on—
(a) the actual electricity supplied (in kilowatt hour); and
(b) wherever applicable, the availability of a supply of electricity (in kilowatt).
(3) The allocated sum referred to in subparagraph (1) shall be paid into the Fund monthly in arrears in the following manner:
(a) the first monthly payment comprising allocations made in the allocation month of January 2014 shall be paid by a distribution licensee into the Fund on or before 1 May 2014; and
(b) each subsequent monthly payment comprising allocations made for each allocation month after January 2014 shall be deposited by the distribution licensee into the Fund on or before the first day of fourth month after the respective allocation month.
Reconciliation of payments
4. (1) The Authority shall annually reconcile all payments made by a distribution licensee under subparagraph 3(3) with the sum equivalent to one point six per centum of the tariffs levied and collected under subsection 26(1) of the Electricity Supply Act 1990 as specified under subparagraph 3(1) based on the audited financial statements of the distribution licensee.
(2) The Authority may, at any time, for the purpose of the annual reconciliation referred to in subparagraph (1), request a distribution licensee to provide such information or other supporting documents within the period specified in the request, or any extension of time granted by the Authority.
(3) Upon receiving the request under subparagraph (2), the distribution licensee shall provide such information or other supporting documents within the period specified in the request or any extension of time granted by the Authority.
(4) After the annual reconciliation under subparagraph (1) is carried out by taking into consideration the information or other supporting documents referred to in subparagraph (3), the Authority shall issue a report to the distribution licensee.
(5) Notwithstanding that the information or other supporting documents requested under subparagraph (2) are not provided by the distribution licensee under subparagraph (3), the Authority shall proceed with the reconciliation under subparagraph (1) and issue a report to the distribution licensee.
(6) The Authority shall provide a copy of the report issued under subparagraph (4) or (5) to the Minister.
(7) The report issued by the Authority under subparagraph (4) or (5) shall be final.
Recovery of shortfall
5. (1) If the report referred to in subparagraph 4(4) or (5) shows that there is a shortfall in the allocation or payment to be made by a distribution licensee under paragraph 3, the Authority shall, as soon as possible, notify the distribution licensee in writing of the shortfall and request the distribution licensee to pay the shortfall into the Fund.
(2) The distribution licensee shall pay the shortfall under subparagraph (1) into the Fund without any interest within thirty days from the date of receipt by the distribution licensee of the notification.
Refund of overpayment
6. If the report referred to in subparagraph 4(4) or (5) shows that there has been an overpayment in the allocation or payment made by a distribution licensee under paragraph 3, the Authority shall refund such overpayment without interest to the distribution licensee from the Fund within thirty days from the date of suchreport.
7. The Renewable Energy (Allocation from Electricity Tariffs) Order 2011 [P.U. (A) 384/2011] isrevoked.
Revocation
SCHEDULE
[Paragraph 2] DISTRIBUTION LICENSEE
Item | Name |
1. | Tenaga Nasional Berhad |
2. | Sabah Electricity Sdn. Bhd. |
3. | NUR Distribution Sdn. Bhd. |
Made 24 December 2013
[KeTTHA: BP(S)9/14 Klt . 5; PN(PU2)693/IV]
DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Minister of Energy, Green Technology and Water