30 April 2014 30 April 2014 P.U. (A) 121 | WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE |
KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANGLESEN PENGAGIHAN) (PINDAAN) 2014 RENEWABLE ENERGY (RECOVERY OF MONEYS BY DISTRIBUTION LICENSEE) (AMENDMENT) RULES2014 |
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS |
AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011
KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN) (PINDAAN) 2014
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 19 dan perenggan 61(e) Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725], Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Mendapatkan Wang oleh Pemegang Lesen Pengagihan) (Pindaan) 2014.
(2) Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2014.
Pindaan kaedah 2
2. Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Mendapatkan Wang oleh Pemegang Lesen Pengagihan) 2011 [P.U. (A) 388/2011], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam subkaedah 2(1) dengan memasukkan selepas perkataan “mengemukakan suatu tuntutan bertulis kepada Pihak Berkuasa” perkataan “mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa”.
Penggantian kaedah 11
3. Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 11 dengan kaedah yang berikut:
“Kos pembekalan
11. (1) Tertakluk kepada subkaedah (2), kos pembekalan berkenaan dengan setiap pepasangan tenaga boleh baharu adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(2) Berikutan daripada tiap-tiap semakan semula tarif yang dikenakan oleh seseorang pemegang lesen pengagihan di bawah subseksyen 26(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] selepas tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, nilai kos pembekalan yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah disemak oleh Pihak Berkuasa, dengan persetujuan Suruhanjaya, bagi menunjukkan perubahan dalam tarif yang disebabkan oleh perubahan dalam kos bahan api dan pengendalian pemegang lesen pengagihan.”.
Jadual baru
4. Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 11 Jadual yang berikut:
“JADUAL
(Kaedah 11) KOS PEMBEKALAN
| (1) | (2) |
Butiran | Butir-butir | Ringgit bagi setiap kilowatt jam |
1. | Kos pembekalan di Semenanjung Malaysia— | |
| (a) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang disambungkan kepada suatu talian bekalan pada voltan yang melebihi 50,000 volt sehingga dan termasuklah 230,000 volt arus ulang-alik | Tiada |
| (b) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang disambungkan kepada suatu talian bekalan pada voltan yang melebihi 1,000 volt sehingga dan termasuklah 50,000 volt arus ulang-alik | 0.2380 |
| (c) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang disambungkan kepada suatu talian bekalan pada voltan yang bersamaan dengan atau kurang daripada 1,000 volt arus ulang-alik | 0.3100 | 2. | Kos pembekalan di Negeri Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan— | | | (a) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga | 0.2100 | | boleh baharu yang disambungkan kepada suatu | | | talian bekalan pada voltan yang melebihi | | | 50,000 volt sehingga dan termasuklah 230,000 | | | volt arus ulang-alik | | | (b) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang disambungkan kepada suatu | 0.2200 | | talian bekalan pada voltan yang melebihi 1,000 | | | volt sehingga dan termasuklah 50,000 volt arus | | | ulang-alik | | | (c) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga | 0.3000 | | boleh baharu yang disambungkan kepada suatu | | | talian bekalan pada voltan yang bersamaan | | | dengan atau kurang daripada 1,000 volt arus | | | ulang-alik | |
| |
”.
Dibuat 24 April 2014
[KeTTHA:BP(S)9/14 Klt.6 (18); PN(PU2)693/V]
DATUK DR. YEE MOH CHAI
Pengerusi
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia
RENEWABLE ENERGY ACT 2011
RENEWABLE ENERGY (RECOVERY OF MONEYS BY DISTRIBUTION LICENSEE) (AMENDMENT) RULES 2014
IN exercise of the powers conferred by section 19 and paragraph 61(e) of the Renewable Energy Act 2011 [Act 725], the Sustainable Energy Development Authority Malaysia makes the following rules:
Citation and commencement
1. (1) These rules may be cited as the Renewable Energy (Recovery of Moneys by Distribution Licensee) (Amendment) Rules 2014.
(2) These Rules come into operation on 1 May 2014.
Amendment of rule 2
2. The Renewable Energy (Recovery of Moneys by Distribution Licensee) Rules 2011 [P.U. (A) 388/2011], which are referred to as the “principal Rules” in these Rules, is amended in subrule 2(1) by inserting after the words “submit a written claim to the Authority” the words “in such manner as prescribed by the Authority”.
Substitution of rule 11
3. The principal Rules are amended by substituting for rule 11 the following rule:
“Displaced cost
11. (1) Subject to subrule (2), the displaced cost in respect of each renewable energy installation shall be as specified in the Schedule.
(2) Following every revision in the tariffs levied by a distribution licensee under subsection 26(1) of the Electricity Supply Act 1990 [Act 447] after the date of coming into operation of these Rules, the displaced cost values specified in the Schedule shall be revised by the Authority, with the concurrence of the Commission, to reflect the change in tariffs due to the changes in the fuel and operational costs of the distribution licensee.”.
New schedule
4. The principal Rules are amended by inserting after rule 11 the following Schedule:
“SCHEDULE
(Rule 11) DISPLACED COST
| (1) | (2) |
Item | Particulars | Ringgit per kilowatt hour |
1. | Displaced cost in Peninsular Malaysia— | |
| (a) in respect of a renewable energy installation connected to a supply line at a voltage exceeding 50,000 volts up to and including 230,000 volts alternating current | Nil |
| (b) in respect of a renewable energy installation connected to a supply line at a voltage exceeding 1,000 volts up to and including 50,000 volts alternating current | 0.2380 |
| (c) in respect of a renewable energy installation connected to a supply line at a voltage equal to or less than 1,000 volts alternating current | 0.3100 |
2. | Displaced cost in the State of Sabah or the Federal Territory of Labuan— (a) in respect of a renewable energy installation connected to a supply line at a voltage | 0.2100 |
| | exceeding 50,000 volts up to and including 230,000 volts alternating current | | (b) | in respect of a renewable energy installation connected to a supply line at a voltage exceeding 1,000 volts up to and including 50,000 volts alternating current | 0.2200 | (c) | in respect of a renewable energy installation connected to a supply line at a voltage equal to or less than 1,000 volts alternating current | 0.3000 |
| |
” .
Made 24 April 2014
[KeTTHA:BP(S)9/14 Klt.6 (18); PN(PU2)693/V]
DATUK DR. YEE MOH CHAI
Chairman
Sustainable Energy Development Authority Malaysia