14 Mac 2014 14 March 2014 P.U. (A) 73 | WARTAKERAJAANPERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE |
PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2014 ELECTRICITY (AMENDMENT) REGULATIONS 2014 |
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS |
AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2014
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2014.
(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 15 Mac 2014.
Pindaan am
2. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 [P.U. (A) 38/1994], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan menggantikan perkataan “talian telekomunikasi” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “talian membawa komunikasi”.
Pindaan peraturan 2
3. Peraturan 2 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan memasukkan selepas takrif “kerja elektrik” takrif yang berikut:
‘ “komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];’;
(b) dengan memasukkan selepas takrif “voltan amat rendah” takrif yang berikut:
‘ “voltan amat tinggi” ertinya voltan yang biasanya melebihi 230,000volt;’;
(c) dengan memasukkan selepas takrif “voltan rendah” takrif yang berikut:
‘ “voltan sederhana” ertinya voltan yang biasanya melebihi voltan rendah tetapi bersamaan dengan atau tidak melebihi 50,000 volt;’; dan
(d) dengan memasukkan selepas takrif “voltan sederhana” takrif yang berikut:
‘ “voltan tinggi” ertinya voltan yang biasanya melebihi 50,000 volt tetapi bersamaan dengan atau tidak melebihi 230,000 volt;’.
Pindaan peraturan 10
4. Subperaturan 10(2) Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “bio jisim” dengan perkataan “biojisim, biogas”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “10 MW” dengan perkataan “5 MW”.
Pindaan peraturan 54
5. Peraturan 54 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut:
“Fi bagi memproses permohonan peperiksaan, peperiksaan, pengendorsan, penggantian dan pengeluaran semula Perakuan Kekompetenan”;
(b) dengan menomborkan semula perenggan (a), (b), (c) dan (d) yang sedia ada sebagai perenggan (b), (c), (d) dan (e); dan
(c) dengan memasukkan perenggan (a) baru yang berikut:
“(a) memproses suatu permohonan peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan;”.
Pindaan peraturan 97
6. Subperaturan 97(3) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dua puluh” dengan perkataan “tiga puluh”.
Pindaan Jadual Kedua
7. Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan Bahagian I dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN I
(peraturan 4)
FI BAGI PENGELUARAN PERAKUAN PENDAFTARAN
1. Fi mengikut kadar yang berikut hendaklah kena dibayar bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran di bawah peraturan 4:
| Keupayaan Pepasangan | Fi Tahunan |
1 tahun | 2 tahun | 3 tahun | 4 tahun | 5 tahun |
(a) | bagi setiap pepasangan 10 kilowatt atau kurang | RM30 | RM60 | RM90 | RM120 | RM150 |
(b) | bagi setiap pepasangan melebihi 10 kilowatt hingga 50 kilowatt | RM165 | RM330 | RM495 | RM660 | RM825 |
(c) | bagi setiap pepasangan melebihi 50 kilowatt hingga 100 kilowatt | RM550 | RM1,100 | RM1,650 | RM2,200 | RM2,750 |
(d) | bagi setiap pepasangan melebihi 100 kilowatt hingga 300 kilowatt | RM1,100 | RM2,200 | RM3,300 | RM4,400 | RM5,500 |
(e) | bagi setiap pepasangan melebihi 300 kilowatt hingga 600 kilowatt | RM1,650 | RM3,300 | RM4,950 | RM6,600 | RM8,250 |
(f) | bagi setiap pepasangan melebihi 600 kilowatt hingga 5,000 kilowatt | RM2,200 | RM4,400 | RM6,600 | RM8,800 | RM11,000 |
(g) | bagi setiap pepasangan melebihi 5,000 kilowatt | RM3,000 | RM6,000 | RM9,000 | RM12,000 | RM15,000 |
2. Bagi maksud Bahagian ini, “keupayaan pepasangan” ertinya tahap maksimum kuasa elektrik yang pada tahap itu sesuatu pepasangan boleh digunakan, dijalankan kerja padanya atau dikendalikan bagi sesuatu tempoh masa tanpa mengakibatkan kerosakan pada mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau bagaimanapun, bagi sistem penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada tahap maksimum kuasa elektrik yang pada tahap itu sistem itu dijangka atau dikehendaki untuk membekalkannya dalam suatu tempoh masa, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.”;
(b) dengan menggantikan Bahagian IA dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IA
(subperaturan 10(3))
FI BAGI PENGELUARAN LESEN BAGI PEPASANGAN PERSENDIRIAN
1. Fi mengikut kadar yang berikut hendaklah kena dibayar bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan persendirian di bawah subperaturan 10(3):
| Keupayaan Pepasangan | Fi bagi satu tahun |
(a) | bagi setiap pepasangan 10 kilowatt ataukurang | RM30 |
(b) | bagi setiap pepasangan melebihi 10 kilowatt hingga 50 kilowatt | RM165 |
(c) | bagi setiap pepasangan melebihi 50 kilowatt hingga 100 kilowatt | RM550 |
(d) | bagi setiap pepasangan melebihi 100 kilowatt hingga 300 kilowatt | RM1,100 |
(e) | bagi setiap pepasangan melebihi 300 kilowatt hingga 600 kilowatt | RM1,165 |
(f) | bagi setiap pepasangan melebihi 600 kilowatt hingga 5,000 kilowatt | RM2,200 |
(g) | bagi setiap pepasangan melebihi 5,000 kilowatt | RM3,000 |
2. Bagi maksud Bahagian ini, “keupayaan pepasangan” ertinya tahap maksimum kuasa elektrik yang pada tahap itu sesuatu pepasangan boleh digunakan, dijalankan kerja padanya atau dikendalikan bagi sesuatu tempoh masa tanpa mengakibatkan kerosakan pada mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau bagaimanapun, bagi sistem penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada tahap maksimum kuasa elektrik yang pada tahap itu sistem itu dijangka atau dikehendaki untuk membekalkannya dalam suatu tempoh masa, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.”;
(c) dengan menggantikan Bahagian II dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN II
(peraturan 6)
FI BAGI PEMERIKSAAN DAN UJIAN PEPASANGAN
Fi mengikut kadar yang berikut hendaklah dikenakan bagi pemeriksaan dan ujian bagi pepasangan yang berikut:
| Keupayaan Pepasangan | Fi bagi satu pemeriksaan dan ujian |
(a) | bagi setiap 50 kilowatt atau kurang | RM60 |
(b) | bagi setiap pepasangan melebihi 50 kilowatt hingga 100 kilowatt | RM110 |
(c) | bagi setiap pepasangan melebihi 100 kilowatt hingga 300 kilowatt | RM165 |
(d) | bagi setiap pepasangan melebihi 300 kilowatt hingga 600 kilowatt | RM220 |
(e) | bagi setiap pepasangan melebihi 600 kilowatt hingga 1,000 kilowatt | RM275 |
(f) | bagi setiap pepasangan melebihi 1,000 kilowatt | RM330”; |
(d) dengan menggantikan Bahagian III dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN III
(subperaturan 10(1))
FI BAGI PEPASANGAN AWAM SELAIN PENJANAAN YANG DISEBUT DALAM SUBPERATURAN 10(2)
1. Kadar untuk menentukan fi yang kena dibayar secara tahunan bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan awam, selain penjanaan yang disebut dalam subperaturan 10(2), adalah seperti yang berikut:
(a) sebelum pentauliahan mana-mana bahagian pepasangan—
1.1 sen setiap kilowatt berdasarkan kepada keupayaan pepasangan sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen; dan
(b) selepas keseluruhan pepasangan atau mana-mana bahagiannya telah disiapkan, ditauliahkan dan sedia untuk membekalkan elektrik kepada mana-mana orang:
Keupayaan Pepasangan | Jenis Aktiviti |
Penjanaan | Penghantaran | Pengagihan |
Jika kuasa agregat ialah 5 kilowatt dan lebih | RM1.65/ kilowatt | RM0.33/ kilowatt | RM0.44/ kilowatt |
Bagi maksud untuk menentukan fi yang kena dibayar di bawah subperenggan ini, keupayaan pepasangan adalah—
(i) apabila sebahagian daripada pepasangan telah disiapkan, ditauliahkan dan sedia untuk membekalkan elektrik kepada mana-mana orang—
keupayaan maksimum pepasangan yang ditauliahkan dalam tempoh 12 bulan yang berkaitan; atau
(ii) selepas keseluruhan pepasangan telah disiapkan, ditauliahkan dan sedia untuk membekalkan elektrik kepada mana-manaorang—
keupayaan pepasangan sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen.
2. Jika dua keadaan atau lebih yang dinyatakan dalam subperenggan 1(a) atau subsubperenggan 1(b)(i) atau (ii) berlaku dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran lesen atau semasa 12 bulan selepas itu, fi tahunan yang kena dibayar bagi tempoh 12 bulan itu hendaklah berdasarkan kepada keadaan dalam subperenggan 1(a) atau subsubperenggan 1(b)(i) atau (ii), mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
3. Apa-apa perbezaan antara fi tahunan yang telah dibayar dengan fi tahunan yang kena dibayar menurut perenggan 2 bagi tempoh 12 bulan, hendaklah dibayar dalam tempoh satu bulan dari tarikh berlakunya keadaan yang menghendaki fi yang lebih tinggi itu dibayar.
4. Dalam pengiraan keupayaan pepasangan, kilowatt (kW) dikira sebagai 0.85 x kilovolt-ampere (kVA).
5. Bagi mana-mana lesen yang diberikan sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini, fi yang ditetapkan dalam Bahagian ini hendaklah terpakai pada tarikh fi tahunan yang seterusnya kena dibayar.
6. Walau apa pun perenggan yang terdahulu, fi minimum yang kena dibayar di bawah Bahagian ini ialah RM100.00.
7. Fi pemprosesan berjumlah RM100.00 hendaklah dikenakan bagi sesuatu permohonan lesen.
8. Fi berjumlah RM100.00 kena dibayar bagi permohonan untuk meminda syarat lesen atau menggantikan lesen. Apa-apa pindaan kepada syarat lesen tertakluk kepada terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.
9. Bagi maksud Bahagian ini—
“ditauliahkan” ertinya pemeriksaan, ujian dan pengendalian percubaan yang dilakukan ke atas sesuatu kelengkapan atau pepasangan atau mana-mana bahagiannya untuk mengesahkan dan memastikan kelengkapan atau pepasangan itu telah dikilang, dibuat, dibina, dipasang, ditatah atau disesuaikan mengikut kehendak keselamatan, operasi dan pelaksanaan yang relevan supaya ia sedia untuk digunakan, dijalankan kerja padanya atau dikendalikan; dan
“keupayaan pepasangan” ertinya tahap maksimum kuasa elektrik yang pada tahap itu sesuatu pepasangan boleh digunakan, dijalankan kerja padanya atau dikendalikan bagi sesuatu tempoh masa tanpa mengakibatkan kerosakan pada mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau bagaimanapun, bagi sistem penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada tahap maksimum kuasa elektrik yang pada tahap itu sistem itu dijangka atau dikehendaki untuk membekalkannya dalam suatu tempoh masa, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.”;
(e) dengan menggantikan Bahagian IIIA dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IIIA
(subperaturan 10(2))
FI BAGI PEPASANGAN AWAM BAGI PENJANAAN ELEKTRIK MENGGUNAKAN TENAGA BIOJISIM, BIOGAS, KUASA HIDRO, KUASA SURIA, KUASA HABA BUMI, KUASA ANGIN, SUMBER OMBAK DAN AIR PASANG SURUT DENGAN AGREGAT KUASA TIDAK MELEBIHI
5 MEGAWATT
1. Kadar untuk menentukan fi yang kena dibayar secara tahunan bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan awam bagi penjanaan elektrik menggunakan tenaga biojisim, biogas, kuasa hidro, kuasa suria, kuasa haba bumi, kuasa angin, sumber ombak dan air pasang surut dengan agregat kuasa tidak melebihi 5 Megawatt (MW) adalah seperti yang berikut:
(a) sebelum pentauliahan mana-mana bahagian pepasangan—
1.1 sen setiap kilowatt berdasarkan kepada keupayaan pepasangan sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen; dan
(b) selepas keseluruhan pepasangan atau mana-mana bahagiannya telah disiapkan, ditauliahkan dan sedia untuk membekalkan elektrik kepada mana-mana orang atau utiliti—
RM1.65 bagi setiap kilowatt (kW) apabila agregat kuasa keupayaan pepasangan melebihi 5 kW.
Bagi maksud untuk menentukan fi yang kena dibayar di bawah subperenggan ini keupayaan pepasangan adalah—
(i) apabila sebahagian daripada pepasangan telah disiapkan, ditauliahkan dan sedia untuk membekalkan elektrik kepada mana-mana orang atau utiliti—
keupayaan maksimum pepasangan yang digunakan dalam tempoh 12 bulan yang berkaitan; atau
(ii) selepas keseluruhan pepasangan telah disiapkan, ditauliahkan dan sedia untuk membekalkan elektrik kepada mana-mana orang atau utiliti—
keupayaan pepasangan sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen.
2. Dalam pengiraan keupayaan pepasangan, kilowatt (kW) dikira sebagai 0.85 x kilovolt-ampere (kVA).
3. Bagi mana-mana lesen yang dikeluarkan sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini, fi yang ditetapkan dalam Bahagian ini hendaklah terpakai pada tarikh fi tahunan yang seterusnya kena dibayar.
4. Walau apa pun perenggan yang terdahulu, fi minimum yang kena dibayar di bawah Bahagian ini ialah RM100.00 dan fi maksimum ialah RM2,200.00.
5. Fi pemprosesan berjumlah RM100.00 hendaklah dikenakan bagi sesuatu permohonan lesen.
6. Fi berjumlah RM100.00 kena dibayar bagi permohonan untuk meminda syarat lesen atau untuk menggantikan lesen. Apa-apa pindaan kepada syarat lesen tertakluk kepada terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.
7. Bagi maksud Bahagian ini—
“ditauliahkan” ertinya pemeriksaan, ujian dan pengendalian percubaan yang dilakukan ke atas sesuatu kelengkapan atau pepasangan atau mana-mana bahagiannya untuk mengesahkan dan memastikan kelengkapan atau pepasangan itu telah dikilang, dibuat, dibina, dipasang, ditatah atau disesuaikan mengikut kehendak keselamatan, operasi dan pelaksanaan yang relevan supaya ia sedia untuk digunakan, dijalankan kerja padanya atau dikendalikan; dan
“keupayaan pepasangan” ertinya tahap maksimum kuasa elektrik yang pada tahap itu sesuatu pepasangan boleh digunakan, dijalankan kerja padanya atau dikendalikan bagi sesuatu tempoh masa tanpa mengakibatkan kerosakan pada mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau bagaimanapun, bagi sistem penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada tahap maksimum kuasa elektrik yang pada tahap itu sistem itu dijangka atau dikehendaki untuk membekalkannya dalam suatu tempoh masa, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.”;
(f) dengan menggantikan Bahagian IIIB dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IIIB
(peraturan 52)
FI BAGI PENGELUARAN PERAKUAN KEKOMPETENAN SEMENTARA
Fi yang berikut kena dibayar bagi pengeluaran Perakuan Kekompetenan sementara:
| Perkara | Fi |
(a) | Perakuan Kekompetenan sementara sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik | RM300 |
(b) | Perakuan Kekompetenan sementara sebagai Jurutera Elektrik Kompeten | RM200 |
(c) | Perakuan Kekompetenan sementara sebagai Penyelia Elektrik | RM150 |
(d) | Perakuan Kekompetenan sementara sebagai Penjaga Jentera (voltan kendalian melebihi 1kV sehingga 33kV) | RM110 |
(e) | Perakuan Kekompetenan sementara sebagai Penjaga Jentera (voltan kendalian sehingga 1kV) | RM60 |
(f) | Perakuan Kekompetenan sementara sebagai Pendawai (Fasa 3) | RM40 |
(g) | Perakuan Kekompetenan sementara sebagai Pendawai (Fasa 1) | RM30 |
(h) | Perakuan Kekompetenan sementara sebagai Pencantum Kabel | RM40”; |
(g) dengan menggantikan Bahagian IV dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IV
(peraturan 54)
FI BAGI MEMPROSES PERMOHONAN PEPERIKSAAN, PEPERIKSAAN, PENGENDORSAN, PENGGANTIAN DAN PENGELUARAN SEMULA PERAKUAN KEKOMPETENAN
Fi yang berikut hendaklah dikenakan bagi memproses permohonan peperiksaan, peperiksaan Perakuan Kekompetenan, pengendorsan, penggantian dan pengeluaran semula Perakuan Kekompetenan:
| Perkara | Fi |
(a) | bagi memproses permohonan bagi setiap peperiksaan | RM20 |
(b) | bagi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik | RM220 |
(c) | bagi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera ElektrikKompeten | RM220 |
(d) | bagi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Penyelia Elektrik | RM165 |
(e) | bagi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera | RM110 |
(f) | bagi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai | RM60 |
(g) | bagi peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan sebagai Pencantum Kabel | RM60 |
(h) | bagi mengendorskan mana-mana Perakuan Kekompetenan | RM60 |
(i) | bagi menggantikan mana-mana Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik | RM330 |
(j) | bagi menggantikan mana-mana Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten | RM330 |
(k) | bagi menggantikan mana-mana Perakuan Kekompetenan sebagai Penyelia Elektrik | RM275 |
(l) | bagi menggantikan mana-mana Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera | RM220 |
(m) | bagi menggantikan mana-mana Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai | RM110 |
(n) | bagi menggantikan mana-mana Perakuan Kekompetenan sebagai Pencantum Kabel | RM110 |
(o) | bagi mengeluarkan semula mana-mana Perakuan Kekompetenan | RM30”; |
(h) dengan menggantikan Bahagian V dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN V
(peraturan 63)
FI BAGI PENDAFTARAN ORANG KOMPETEN
Fi yang berikut kena dibayar bagi pendaftaran sebagai orang kompeten dalam kategori yang berikut di bawah lingkungan had umur yang dinyatakan dalam peraturan 63:
| Orang Kompeten | Fi Pendaftaran |
1 tahun | 2 tahun | 3 tahun | 4 tahun | 5 tahun |
(a) | Jurutera Perkhidmatan Elektrik | RM300 | RM600 | RM900 | RM1,200 | RM1,500 |
(b) | Jurutera Elektrik Kompeten | RM200 | RM400 | RM600 | RM800 | RM1,000 |
(c) | Penyelia Elektrik | RM150 | RM300 | RM450 | RM600 | RM750 |
(d) | Penjaga Jentera (voltan kendalian melebihi 1kV sehingga 33kV) | RM110 | RM220 | RM330 | RM440 | RM550 |
(e) | Penjaga Jentera (voltan kendalian sehingga 1kV) | RM60 | RM120 | RM180 | RM240 | RM300 |
(f) | Pendawai (Fasa 1) | RM30 | RM60 | RM90 | RM120 | RM150 |
(g) | Pendawai (Fasa 3) | RM40 | RM80 | RM120 | RM160 | RM200 |
(h) | Pencantum Kabel | RM40 | RM80 | RM120 | RM160 | RM200”; |
(i) dengan menggantikan Bahagian VII dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN VII
(peraturan 74)
FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN ELEKTRIK
Fi yang berikut kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang bekerja pada voltan kendalian yang berikut:
Tahun | Voltan Kendalian dalam Kilovolt |
11kV ke bawah | 11kV hingga 33kV | 33kV ke atas |
Fi Pengeluar- an | Fi Pembaha- ruan | Fi Pengeluar- an | Fi Pembaha- ruan | Fi Pengeluar- an | Fi Pembaha- ruan |
1 tahun | RM1,000 | RM500 | RM1,100 | RM 550 | RM2,200 | RM1,100 |
2 tahun | RM1,500 | RM1,000 | RM1,650 | RM1,100 | RM3,300 | RM2,200 |
3 tahun | RM2,000 | RM1,500 | RM2,200 | RM1,650 | RM4,400 | RM3,300 |
4 tahun | RM2,500 | RM2,000 | RM2,750 | RM2,200 | RM5,500 | RM4,400 |
5 tahun | RM3,000 | RM2,500 | RM3,300 | RM2,750 | RM6,600 | RM5,500”; |
(j) dengan menggantikan Bahagian VIII dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN VIII
(peraturan 79)
FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR ELEKTRIK
Fi yang berikut kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik mengikut kelas yang berikut:
Tahun | Kelas |
Kelas A | Kelas B | Kelas C | Kelas D |
Fi Pengeluar -an | Fi Pem- baharuan | Fi Pengeluar- an | Fi Pem- baharuan | Fi Pengeluar- an | Fi Pem- baharuan | Fi Pengeluar- an | Fi Pem- baharuan |
1 tahun | RM3,000 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 | RM500 | RM300 | RM200 | RM100 |
2 tahun | RM5,000 | RM4,000 | RM2,500 | RM2,000 | RM800 | RM600 | RM300 | RM200 |
3 tahun | RM7,000 | RM6,000 | RM3,500 | RM3,000 | RM1,100 | RM900 | RM400 | RM300 |
4 tahun | RM9,000 | RM8,000 | RM4,500 | RM4,000 | RM1,400 | RM1,200 | RM500 | RM400 |
5 tahun | RM11,000 | RM10,000 | RM5,500 | RM5,000 | RM1,700 | RM1,500 | RM600 | RM500”; |
(k) dengan menggantikan Bahagian IX dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IX
(peraturan 83)
FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI UNIT PENDAWAIAN PERSENDIRIAN
Fi yang berikut kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Unit Pendawaian Persendirian:
| 1 tahun | 2 tahun | 3 tahun | 4 tahun | 5 tahun |
Fi Pengeluaran | RM330 | RM550 | RM770 | RM990 | RM1,210 |
Fi Pembaharuan | RM220 | RM440 | RM660 | RM880 | RM1,100”; |
(l) dengan menggantikan Bahagian X dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN X
(peraturan 87)
FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR PAPAN TANDA ELEKTRIK
Fi yang berikut kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Papan Tanda Elektrik:
| 1 tahun | 2 tahun | 3 tahun | 4 tahun | 5 tahun |
Fi Pengeluaran | RM550 | RM880 | RM1,210 | RM1,540 | RM1,870 |
Fi Pembaharuan | RM330 | RM660 | RM990 | RM1,320 | RM1,650”; |
(m) dengan menggantikan Bahagian XI dengan Bahagian yang berikut :
“BAHAGIAN XI
(peraturan 91)
FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR PEMBAIKAN ELEKTRIK
Fi yang berikut kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Pembaikan Elektrik:
| 1 tahun | 2 tahun | 3 tahun | 4 tahun | 5 tahun |
Fi Pengeluaran | RM110 | RM170 | RM230 | RM290 | RM350 |
Fi Pembaharuan | RM60 | RM120 | RM180 | RM240 | RM300”; |
(n) dengan menggantikan Bahagian XII dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN XII
(peraturan 96)
FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGILANG PAPAN SUIS
Tahun | Kelas | Papan suis dikendalikan pada voltan rendah | Papan suis dikendalikan pada voltan lebih tinggi daripada voltan rendah | Fi Pengeluaran | Fi Pembaharuan | Fi Pengeluaran | Fi Pembaharuan | 1 tahun | RM660 | RM330 | RM3,300 | RM2,200 | 2 tahun | RM990 | RM660 | RM5,500 | RM4,400 | 3 tahun | RM1,320 | RM990 | RM7,700 | RM6,600 | 4 tahun | RM1,650 | RM1,320 | RM9,900 | RM8,800 | 5 tahun | RM1,980 | RM1,650 | RM12,100 | RM11,000”; |
| |
Fi yang berikut kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis dalam kelas yang berikut:
dan
(o) dengan menggantikan Bahagian XIII dengan Bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN XIII
(peraturan 97)
FI BAGI PERAKUAN KELULUSAN UNTUK MENGILANG, MENGIMPORT, MEMPAMER, MENJUAL ATAU MENGIKLANKAN KELENGKAPAN
Fi yang berikut kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Kelulusan untuk mengilang, mengimport, mempamer, menjual atau mengiklankan setiap kelengkapan yang dikendalikan pada kadaran voltan yang berikut:
| Kadaran Voltan | Fi Pengeluaran bagi 12 bulan | Fi Pembaharuan bagi 12 bulan |
(a) | 240V | RM220 | RM110 |
(b) | 415V | RM330 | RM220”. |
Dibuat 10 Mac 2014
[KeTTHA: BP(S) 223/353/22/4 Klt.9; PN(PU2)486/VI]
DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
---
ELECTRICITY SUPPLY ACT 1990
ELECTRICITY (AMENDMENT) REGULATIONS 2014
IN exercise of the powers conferred by section 53 of the Electricity Supply Act 1990 [Act 447], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement
1. (1) These regulations may be cited as the Electricity (Amendment) Regulations 2014.
(2) These Regulations come into operation on 15 March 2014.
General amendment
2. The Electricity Regulations 1994 [P.U. (A) 38/1994], which are referred to as the “principal Regulations” in these Regulations, are amended by substituting for the words “telecommunication line” wherever appearing the words “line carrying communications”.
Amendment of regulation 2
3. Regulation 2 of the principal Regulations is amended—
(a) by inserting after the definition of “circuit breaker” the following definition:
‘ “communications” has the meaning assigned thereto in the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588];’;
(b) by inserting after the definition of “Electrical Supervisor” the following definition:
‘ “extra high voltage” means a voltage normally exceeding230,000 volts;’;
(c) by inserting after the definition of “Malaysian Communications and Multimedia Commission” the following definition:
‘ “medium voltage” means a voltage normally exceeding low voltage but equal to or not exceeding 50,000 volts;’; and
(d) by inserting after the definition of “final circuit” the following definition:
‘ “high voltage” means a voltage normally exceeding 50,000 volts but equal to or not exceeding 230,000 volts;’.
Amendment of regulation 10
4. Subregulation 10(2) of the principal Regulations is amended—
(a) by substituting for the word “biomass” the words “biomass, biogas”; and
(b) by substituting for the words “10 MW” the words “5 MW”.
Amendment of regulation 54
5. Regulation 54 of the principal Regulations is amended—
(a) by substituting for the marginal note the following marginal note:
“Fee for processing examination application, examination, endorsement, replacement and reissuance of Certificate of Competency”;
(b) by renumbering the existing paragraphs (a), (b), (c) and (d) as paragraphs
(b) , (c), (d) and (e); and
(c) by inserting a new paragraph (a) as follows:
“(a) processing an examination application for a Certificate of Competency;”.
Amendment of regulation 97
6. Subregulation 97(3) of the principal Regulations is amended by substituting for the word “twenty” the word “thirty”.
Amendment of Second Schedule
7. The Second Schedule to the principal Regulations is amended—
(a) by substituting for Part I the following Part:
“PART I
(regulation 4)
FEES FOR THE ISSUANCE OF CERTIFICATE OF REGISTRATION
1. Fees according to the following rates are payable for the issuance of Certificate of Registration under regulation 4:
| Installation Capacity | Annual Fee |
1 year | 2 years | 3 years | 4 years | 5 years |
(a) | for each installation of 10 kilowatts or less | RM30 | RM60 | RM90 | RM120 | RM150 |
(b) | for each installation above 10 kilowatts to50 kilowatts | RM165 | RM330 | RM495 | RM660 | RM825 |
(c) | for each installation above 50 kilowatts to 100 kilowatts | RM550 | RM1,100 | RM1,650 | RM2,200 | RM2,750 |
(d) | for each installation above 100 kilowatts to300 kilowatts | RM1,100 | RM2,200 | RM3,300 | RM4,400 | RM5,500 |
(e) | for each installation | RM1,650 | RM3,300 | RM4,950 | RM6,600 | RM8,250 |
| above 300kilowatts to 600 kilowatts | | | | | |
(f) | for each installation above 600 kilowatts to5,000 kilowatts | RM2,200 | RM4,400 | RM6,600 | RM8,800 | RM11,000 |
(g) | for each installation above 5,000 kilowatts | RM3,000 | RM6,000 | RM9,000 | RM12,000 | RM15,000 |
2. For the purpose of this Part, "installation capacity" means the maximum level of electrical power at which an installation can be used, worked on or operated for a period of time without causing damage to any part of the installation. However, for a transmission or distribution system, the installation capacity is at the maximum level of electrical power at which the system is expected or required to supply over a period of time, whichever is the higher.”;
(b) by substituting for Part IA the following Part:
“PART IA
(subregulation 10(3))
FEES FOR THE ISSUANCE OF A LICENCE FOR A PRIVATE INSTALLATION
1. Fees according to the following rates are payable for the issuance of a licence for a private installation under subregulation 10(3):
| Installation Capacity | Fees per year |
(a) | for each installation of 10 kilowatts or less | RM30 |
(b) | for each installation above 10 kilowatts to 50 kilowatts | RM165 |
(c) | for each installation above 50 kilowatts to 100 kilowatts | RM550 |
(d) | for each installation above 100 kilowatts to 300 kilowatts | RM1,100 |
(e) | for each installation above 300 kilowatts to 600 kilowatts | RM1,165 |
(f) | for each installation above 600 kilowatts to 5,000 kilowatts | RM2,200 |
(g) | for each installation above 5,000 kilowatts | RM3,000 |
2. For the purpose of this Part, "installation capacity" means the maximum level of electrical power at which an installation can be used, worked on or operated for a period of time without causing damage to any part of the installation. However, for a transmission or distribution system, the installation capacity is at the maximum level of electrical power at which the system is expected or required to supply over a period of time, whichever is the higher.”;
(c) by substituting for Part II the following Part:
“PART II
(regulation 6)
FEES FOR INSPECTION AND TEST OF INSTALLATION
Fees according to the following rates shall be charged for inspection and test of the following installations:
| Installation Capacity | Fees per inspection and test |
(a) | for each installation of 50 kilowatts or less | RM60 |
(b) | for each installation above 50 kilowatts to 100 kilowatts | RM110 |
(c) | for each installation above 100 kilowatts to 300 kilowatts | RM165 |
(d) | for each installation above 300 kilowatts to 600 kilowatts | RM220 |
(e) | for each installation above 600 kilowatts to 1,000 kilowatts | RM275 |
(f) | for each installation above 1,000 kilowatts | RM330”; |
(d) by substituting for Part III the following Part:
“PART III
(subregulation 10(1))
FEES FOR PUBLIC INSTALLATION OTHER THAN GENERATION REFERRED TO IN SUBREGULATION 10(2)
1. The rates to determine the fees payable on an annual basis for the issuance of a licence for a public installation, other than the generation referred to in subregulation 10(2), is as follows:
(a) before the commissioning of any part of the installation—
1.1 cent per kilowatt based on the installation capacity as specified in the licence; and
(b) after the whole installation or any part of it has been completed, commissioned and is ready to deliver electricity to any person:
Installation Capacity | Types of Activities |
Generation | Transmission | Distribution |
Where the aggregate power is 5 kilowatts and above | RM1.65/ kilowatt | RM0.33/ kilowatt | RM0.44/ kilowatt |
For the purpose of determining the fees payable under this subparagraph, the capacity of the installation shall be—
(i) where part of the installation has been completed, commissioned and is ready to deliver electricity to any person—
the maximum installation capacity commissioned during the relevant 12 months; or
(ii) after the whole installation has been completed, commissioned and is ready to deliver electricity to any person—
the installation capacity as specified in the licence.
2. Where two or more of the circumstances specified in subparagraph 1(a) or subsubparagraph 1(b)(i) or (ii) occur during the 12-month period from the date of issuance of the licence or during any subsequent 12-month period, the annual fees payable for the 12-month period shall be based on the circumstances in subparagraph 1(a) or subsubparagraph 1(b)(i) or (ii), whichever is the higher.
3. Any difference between the annual fees which have been paid and the annual fees, which is payable in accordance with paragraph 2 for the 12-month period, shall be paid within one month from the date of occurrence of the circumstances which require a higher fee to be paid.
4. In the calculation of the installation capacity, kilowatt (kW) is calculated as 0.85 x kilovolt-ampere (kVA).
5. For any licence issued before the date of coming into operation of this Part, the fees prescribed in this Part shall be applied on the date that the next annual fees are due and payable.
6. Notwithstanding the foregoing paragraphs, the minimum fees payable under this Part is RM100.00.
7. A processing fee of RM100.00 shall be charged for an application of a licence.
8. A fee of RM100.00 shall be payable for an application to amend the conditions of the licence or to replace the licence. Any amendment to the conditions of the licence shall be subjected to such terms and conditions as the Commission mayimpose.
9. For the purposes of this Part—
“commissioned” means the inspection, tests and trial operations carried out on an equipment or installation or any part of it to verify and ascertain that the equipment or installation has been manufactured, fabricated, constructed, installed, set or adjusted according to the relevant safety, operational and performance requirements so that it is ready to be used, worked or operated; and
“installation capacity” means the maximum level of electrical power at which an installation can be used, worked on or operated for a period of time without causing damage to any part of the installation. However, for a transmission or distribution system, the installation capacity is at the maximum level of electrical power at which the system is expected or required to supply over a period of time, whichever is the higher.”;
(e) by substituting for Part IIIA the following Part:
“PART IIIA
(subregulation 10(2))
FEES FOR PUBLIC INSTALLATION FOR GENERATING ELECTRICITY USING BIOMASS, BIOGAS, HYDRO POWER, SOLAR POWER, GEOTHERMAL POWER, WIND POWER, WAVES AND TIDES SOURCES WITH AGGREGATE POWER NOT EXCEEDING 5 MEGAWATTS
1. The rates to determine the fees payable on an annual basis for the issuance of alicence for a public installation for generating electricity using biomass, biogas, hydro power, solar power, geothermal power, wind power, waves and tides sources with aggregate power not exceeding 5 Megawatts (MW) shall be as follows:
(a) before the commissioning of any part of the installation—
1.1 cent per kilowatt based on the installation capacity as specified in the licence; and
(b) after the whole installation or any part of it has been completed, commissioned and is ready to supply electricity to any person orutility—
RM1.65 for each kilowatt (kW) where the aggregate power of the installation capacity is more than 5 kW.
For the purpose of determining the fees payable under this subparagraph, the capacity of the installation shall be—
(i) where part of the installation has been completed, commissioned and ready to supply electricity to any person or utility—
the maximum installation capacity commissioned during the relevant 12 months; or
(ii) after the whole installation has been completed, commissioned and is ready to supply electricity to any person or utility—
the installation capacity as specified in the licence.
2. In the calculation of the installation capacity, kilowatt (kW) is calculated as 0.85 x kilovolt-ampere (kVA).
3. For any licence which has been issued before the date of coming into operation of this Part, the fees prescribed in this Part shall apply to the date the next annual fees are due and payable.
4. Notwithstanding the foregoing paragraphs, the minimum fees payable under this Part shall be RM100.00 and the maximum fees shall be RM2,200.00.
5. A processing fee of RM100.00 shall be charged for an application of a licence.
6. A fee of RM100.00 shall be payable for an application to amend the conditions of the licence or to replace the licence. Any amendment to the conditions of the licence shall be subjected to such terms and conditions as the Commission mayimpose.
7. For the purposes of this Part—
“commissioned” means the inspection, tests and trial operations carried out on an equipment or installation or any part of it to verify and ascertain that the equipment or installation has been manufactured, fabricated, constructed, installed, set or adjusted according to the relevant safety, operational and performance requirements so that it is ready to be used, worked or operated; and
“installation capacity” means the maximum level of electrical power at which an installation can be used, worked on or operated for a period of time without causing damage to any part of the installation. However, for a transmission or distribution system, the installation capacity is at the maximum level of electrical power at which the system is expected or required to supply over a period of time, whichever is the higher.”;
(f) by substituting for Part IIIB the following Part:
“PART IIIB
(regulation 52)
FEES FOR ISSUANCE OF TEMPORARY CERTIFICATE OF COMPETENCY
The following fees are payable for the issuance of temporary Certificates of Competency:
| Subject matter | Fees |
(a) | temporary Certificate of Competency as an Electrical Services Engineer | RM300 |
(b) | temporary Certificate of Competency as a Competent Electrical Engineer | RM200 |
(c) | temporary Certificate of Competency as an Electrical Supervisor | RM150 |
(d) | temporary Certificate of Competency as a Chargeman (operational voltage exceeding 1kV up to 33kV) | RM110 |
(e) | temporary Certificate of Competency as a Chargeman (operational voltage up to 1kV) | RM60 |
(f) | temporary Certificate of Competency as a Wireman (3 Phase) | RM40 |
(g) | temporary Certificate of Competency as a Wireman (1 Phase) | RM30 |
(h) | temporary Certificate of Competency as a Cable Jointer | RM40”; |
(g) by substituting for Part IV the following Part:
“PART IV
(regulation 54)
FEES FOR PROCESSING EXAMINATION APPLICATION, EXAMINATION, ENDORSEMENT, REPLACEMENT AND REISSUANCE OF CERTIFICATE OF COMPETENCY
The following fees shall be charged for processing an examination application, examinations for Certificates of Competency, and for the endorsement, replacement and reissuance of the Certificates of Competency:
| Subject matter | Fees |
(a) | for processing an application for each examination | RM20 |
(b) | for examination for a Certificate of Competency as an Electrical Services Engineer | RM220 |
(c) | for examination for a Certificate of Competency as a Competent Electrical Engineer | RM220 |
(d) | for examination for a Certificate of Competency as an Electrical Supervisor | RM165 |
(e) | for examination for a Certificate of Competency as a Chargeman | RM110 |
(f) | for examination for a Certificate of Competency as a Wireman | RM60 |
(g) | for examination for a Certificate of Competency as a Cable Jointer | RM60 |
(h) | for endorsement of any Certificate of Competency | RM60 |
(i) | for replacement of any Certificate of Competency as an Electrical Services Engineer | RM330 |
(j) | for replacement of any Certificate of Competency as a Competent Electrical Engineer | RM330 |
(k) | for replacement of any Certificate of Competency as an Electrical Supervisor | RM275 |
(l) | for replacement of any Certificate of Competency as a Chargeman | RM220 | (m) | for replacement of any Certificate of Competency as a Wireman | RM110 | (n) | for replacement of any Certificate of Competency as a Cable Jointer | RM110 | (o) | for reissuance of any Certificate of Competency | RM30”; |
| |
”;
(h) by substituting for Part V the following Part:
“PART V
(regulation 63)
FEES FOR REGISTRATION OF COMPETENT PERSON
The following fees are payable for the registration as a competent person in the following category under the age limits as specified in regulation 63:
| Competent Person | Registration Fees |
1 year | 2 years | 3 years | 4 years | 5 years |
(a) | Electrical Services Engineer | RM300 | RM600 | RM900 | RM1,200 | RM1,500 |
(b) | Competent Electrical Engineer | RM200 | RM400 | RM600 | RM800 | RM1,000 |
(c) | Electrical Supervisor | RM150 | RM300 | RM450 | RM600 | RM750 |
(d) | Chargeman (operational voltage exceeding 1kV up to 33kV) | RM110 | RM220 | RM330 | RM440 | RM550 |
(e) | Chargeman (operational voltage up to 1kV) | RM60 | RM120 | RM180 | RM240 | RM300 |
(f) | Wireman (1 Phase) | RM30 | RM60 | RM90 | RM120 | RM150 |
(g) | Wireman (3 Phase) | RM40 | RM80 | RM120 | RM160 | RM200 |
(h) | Cable Jointer | RM40 | RM80 | RM120 | RM160 | RM200”; |
(i) by substituting for Part VII the following Part:
“PART VII
(regulation 74)
FEES FOR CERTIFICATE OF REGISTRATION AS AN ELECTRICAL SERVICES CONTRACTOR
The following fees are payable for the issuance or renewal of a Certificate of Registration as an Electrical Services Contractor working on the following operational voltage:
Years | Operational Voltage in Kilovolts |
Below 11 kV | 11kV to 33 kV | Above 33kV |
Issuance Fees | Renewal Fees | Issuance Fees | Renewal Fees | Issuance Fees | Renewal Fees |
1 year | RM1,000 | RM500 | RM1,100 | RM 550 | RM2,200 | RM1,100 |
2 years | RM1,500 | RM1,000 | RM1,650 | RM1,100 | RM3,300 | RM2,200 |
3 years | RM2,000 | RM1,500 | RM2,200 | RM1,650 | RM4,400 | RM3,300 |
4 years | RM2,500 | RM2,000 | RM2,750 | RM2,200 | RM5,500 | RM4,400 |
5 years | RM3,000 | RM2,500 | RM3,300 | RM2,750 | RM6,600 | RM5,500”; |
(j) by substituting for Part VIII the following Part:
“PART VIII
(regulation 79)
FEES FOR CERTIFICATE OF REGISTRATION AS AN ELECTRICAL CONTRACTOR
The following fees shall be payable for the issuance or renewal of a Certificate of Registration as an Electrical Contractor in the following classes:
Years | Classes |
Class A | Class B | Class C | Class D |
Issuance Fees | Renewal Fees | Issuance Fees | Renewal Fees | Issuance Fees | Renewal Fees | Issuance Fees | Renewal Fees |
1 year | RM3,000 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 | RM500 | RM300 | RM200 | RM100 |
2 years | RM5,000 | RM4,000 | RM2,500 | RM2,000 | RM800 | RM600 | RM300 | RM200 |
3 years | RM7,000 | RM6,000 | RM3,500 | RM3,000 | RM1,100 | RM900 | RM400 | RM300 |
4 years | RM9,000 | RM8,000 | RM4,500 | RM4,000 | RM1,400 | RM1,200 | RM500 | RM400 |
5 years | RM11,000 | RM10,000 | RM5,500 | RM5,000 | RM1,700 | RM1,500 | RM600 | RM500”; |
(k) by substituting for Part IX the following Part:
“PART IX
(regulation 83)
FEES FOR CERTIFICATE OF REGISTRATION AS A PRIVATE WIRING UNIT
The following fees shall be payable for the issuance or renewal of a Certificate of Registration as a Private Wiring Unit:
| 1 year | 2 years | 3 years | 4 years | 5 years |
Issuance Fees | RM330 | RM550 | RM770 | RM990 | RM1,210 |
Renewal Fees | RM220 | RM440 | RM660 | RM880 | RM1,100”; |
(l) by substituting for Part X the following Part:
“PART X
(regulation 87)
FEES FOR CERTIFICATE OF REGISTRATION AS AN ELECTRIC SIGN CONTRACTOR
The following fees shall be payable for the issuance or renewal of a Certificate of Registration as an Electric Sign Contractor:
| 1 year | 2 years | 3 years | 4 years | 5 years |
Issuance Fees | RM550 | RM880 | RM1,210 | RM1,540 | RM1,870 |
Renewal Fees | RM330 | RM660 | RM990 | RM1,320 | RM1,650”; |
(m) by substituting for Part XI the following Part:
“PART XI
(regulation 91)
FEES FOR CERTIFICATE OF REGISTRATION AS AN ELECTRIC REPAIR CONTRACTOR
The following fees shall be payable for the issuance or renewal of a Certificate of Registration as an Electric Repair Contractor:
| 1 year | 2 years | 3 years | 4 years | 5 years |
Issuance Fees | RM110 | RM170 | RM230 | RM290 | RM350 |
Renewal Fees | RM60 | RM120 | RM180 | RM240 | RM300”; |
(n) by substituting for Part XII the following Part:
“PART XII
(regulation 96)
FEES FOR CERTIFICATE OF REGISTRATION AS A SWITCHBOARD MANUFACTURER
Years | Classes | Switchboard operated at low voltage | Switchboard operated at higher than low voltage | Issuance Fees | Renewal Fees | Issuance Fees | Renewal Fees | 1 year | RM660 | RM330 | RM3,300 | RM2,200 | 2 years | RM990 | RM660 | RM5,500 | RM4,400 | 3 years | RM1,320 | RM990 | RM7,700 | RM6,600 | 4 years | RM1,650 | RM1,320 | RM9,900 | RM8,800 | 5 years | RM1,980 | RM1,650 | RM12,100 | RM11,000”; |
| |
The following fees shall be payable for the issuance or renewal of a Certificate of Registration as a Switchboard Manufacturer in the following classes:
and
(o) by substituting for Part XIII the following Part:
“PART XIII
(regulation 97)
FEES FOR CERTIFICATE OF APPROVAL TO MANUFACTURE, IMPORT, DISPLAY, SELL OR ADVERTISE EQUIPMENT
The following fees shall be payable for the issuance or renewal of a Certificate of Approval to manufacture, import, display, sell or advertise each equipment operated at the following voltage ratings:
| Voltage rating | Issuance Fees for 12 months | Renewal Fees for 12 months |
(a) | 240V | RM220 | RM110 |
(b) | 415V | RM330 | RM220”. |
Made 10 March 2014
[KeTTHA: BP(S)223/353/22/4 Klt.9; PN(PU2)486/VI]
DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Minister of Energy, Green Technology and Water