NOTE: Images, tables, and charts may not display correctly. Please see PDF document for full details
GARIS PANDUAN
PERMOHONAN PROVISIONAL LICENCE
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
PROVISIONAL LICENCE
1.0 TUJUAN
1.1 Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pemohon mengenai keperluan dan tatacara permohonan provisional licence bagi aktiviti penjanaan elektrik dari sumber tenaga boleh baharu.
2.0 KEPERLUAN UNDANG-UNDANG
2.1 Akta Bekalan Elektrik 1990 (dan pindaan tahun 2001) memperuntukkan keperluan sesuatu aktiviti berkaitan dengan pembekalan elektrik dilesenkan seperti berikut:
Seksyen 9(1): “Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang ditetapkan, tiada seorang pun, selain daripada pihak berkuasa bekalan, boleh: -
(a) menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan atau membenarkan diguna, dikerja atau dikendalikan apa-apa pepasangan; atau
(b) membekalkan tenaga daripada mana-mana pepasangan kepada atau bagi kegunaan mana-mana orang lain, kecuali di bawah dan mengikut terma-terma sesuatu lesen yang membenarkan dengan nyata pembekalan atau penggunaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.”
Seksyen 9(2): “Lesen boleh diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga dengan kelulusan Menteri apabila dibayar apa-apa fi dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suaimanfaat memandangkan tugas-tugas yang dikenakan dalam peruntukan Akta berkenaan.”
2.2 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (dan pindaan 2003) pula menetapkan borang yang diguna dan fi yang perlu dibayar bagi pengeluaran lesen-lesen, seperti berikut:
Peraturan 8: “Suatu lesen bagi pepasangan awam hendaklah dalam borang yang Suruhanjaya Tenaga fikirkan patut dan sesuai bagi pepasangan awam.”
Peraturan 10(2): Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan awam untuk penjanaan elektrik menggunakan tenaga bio jisim, kuasa hidro, kuasa suria, kuasa haba bumi, kuasa angin, sumber ombak dan air pasang surut dengan kuasa agregat tidak melebihi 10 MW hendaklah dibayar secara tahunan dan hendaklah pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian IIIA Jadual Kedua.
Peraturan 10(4) Semua fi yang kena di bayar di bawah subperaturan (1), (2) dan (3) hendaklah di bayar pada permulaan tahun setiap lesen
Peraturan 10(5) Apa-apa fi yang telah dibayar sebelum berkuat kuasanya Bahagian IA, III dan IIIA Jadual Kedua tidak boleh dibayar balik.
2.3 Manakala bagi pepasangan dengan kuasa agregat melebihi 10 Megawatt (MW), kadar fi lesen tahunan yang kena dibayar adalah seperti berikut:
(a) sebelum pentauliahan mana-mana bahagian pepasangan –
1 sen setiap kilowatt berdasarkan kepada keupayaan pepasangan seperti yang dinyatakan dalam lesen;
(b) selepas keseluruhan pepasangan atau mana-mana bahagian daripadanya disiapkan, telah ditauliahkan dan sedia untuk membekal elektrik kepada mana-mana orang atau utiliti –
RM 1.50 bagi setiap kilowatt (kW) berdasarkan kepada keupayaan pepasangan seperti yang dinyatakan dalam lesen.
3.0 AKTIVITI YANG DILESENKAN
3.1 Provisional Licence diberikan kepada pemegang Kelulusan Tarif Galakan atau dikenali sebagai Feed-In Approval Holder (FIAH) yang mengendalikan sesuatu pepasangan awam yang menghasilkan tenaga boleh baharu dengan menggunakan sumber bahan api seperti berikut;
- Biogas;
- Biomas;
- Solar fotovoltaik; dan
- Mini hidro
3.2 Sumber bahanapi di atas adalah selaras dengan peruntukan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011, Seksyen 2, Jadual Sumber Boleh Baharu, Kadar Tarif Galakan, Tempoh Berkuat Kuasa dan Kadar Pengurangan Tahunan.
3.3 Provisional licence dikeluarkan bagi memudahkan pemohon memulakan pembangunan projek dan mendapatkan pembiayaan projek daripada institusi kewangan. Lesen ini hanya dikeluarkan untuk tempoh sementara sebelum mulatugas loji dan perlu diganti dengan lesen kekal apabila loji mula beroperasi.
4.0 KRITERIA PERTIMBANGAN PERMOHONAN PROVISIONAL LICENCE
4.1 Selain daripada memenuhi keperluan undang-undang dan matlamat Kerajaan, Suruhanjaya telah menggariskan beberapa syarat penting yang perlu dipatuhi dalam menentukan keperluan sesebuah aktiviti tersebut untuk dilesenkan.
4.2 Syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon untuk mendapatkan lesen ini sebelum loji memulakan operasi adalah mengemukakan dokumen-dokumen berikut untuk proses Suruhanjaya Tenaga selanjutnya:
i) Kelulusan Tarif Galakan yang dikeluarkan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA);
ii) pelan lokasi dan pelan tapak kawasan bekalan wajib bagi sistem pengagihan dalam ukuran saiz A4 atau A3;
iii) lukisan skematik utama voltan tinggi atau voltan rendah (draf memadai sekiranya rekabentuk sistem belum dimuktamadkan); dan
iv) pemohon juga perlu menyediakan ringkasan projek yang menerangkan secara terperinci berhubung aktiviti yang ingin dilesenkan.
5.0 TATACARA PEMPROSESAN LESEN
5.1 Berdasarkan ketetapan seperti di atas, amalan pemprosesan lesen adalah seperti berikut:
(a) Semua permohonan diproses oleh Unit Pelesenan, Jabatan Kawal Selia Pembekalan dan Pasaran Elektrik (JKPPE) di Ibu Pejabat ST dan melibatkan tindakan-tindakan berikut:
i) JKPPE menerima permohonan lesen daripada pemohon yang menggunakan borang permohonan ST(JKPPE) 2011 – PL ;
ii) Unit Pelesenan menyemak dan menilai permohonan bagi memastikan ianya memenuhi kriteria yang ditetapkan;
iii) Unit Pelesenan menyediakan draf provisional licence dan dikemukakan kepada Pengarah Kanan JKPPE sebelum dibawa kepada Ketua Pegawai Eksekutif ST untuk kelulusan;
iv) Setelah memperolehi kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif, pemohon dikehendaki membayar fi lesen mengikut kadar yang ditetapkan dalam perundangan dan seterusnya lesen akan diserahkan kepada pemohon; dan
v) Pemegang provisional licence adalah tertakluk kepada syarat-syarat lesen. Sekiranya didapati gagal mematuhi syarat-syarat tersebut provisional licence akan dibatalkan.
5.2 Lampiran-lampiran berkaitan dengan permohonan provisional licence adalah
seperti berikut;
Lampiran 1 | Carta aliran pemprosesan permohonan provisional licence |
Lampiran 2 | Borang permohonan lesen ST(JKPPE) 2011 – PL (boleh dimuat turun dari laman sesawang www.st.gov.my) |
Lampiran 3 | Contoh provisional licence |
Lampiran 4 | Soalan-soalan lazim (FAQ) |
6.0 PERMOHONAN LESEN AWAM KEKAL
6.1 Pemohon adalah dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan bagi lesen awam kekal selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh Initial Operation Date (IOD). Dokumen-dokumen sokongan seperti berikut diperlukan bagi tujuan mendapatkan lesen awam kekal;
i) surat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar berhubung laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling atau Detailed Environment Impact Assessment- DEIA (sekiranya berkenaan); ii) surat kelulusan pembiayaan projek daripada institusi kewangan;
iii) dokumen perjanjian belian tenaga boleh baharu atau renewable power purchase agreement;
iv) dokumen perjanjian bekalan bahan tenaga boleh baharu atau renewable energy sources supply agreement (sekiranya berkenaan);
v) perakuan atau pengesahan daripada Jurutera Perunding/Jurutera Kompeten yang dilantik oleh pemegang lesen mengesahkan bahawa pepasangan pemegang lesen telah diperiksa, diuji dan memenuhi keperluan-keperluan keselamatan bagi tujuan pengendalian dan pengoperasian yang selamat;
vi) pelan lokasi dan pelan tapak dalam ukuran saiz A4 atau A3 termasuk kawasan bekalan wajib bagi sistem pengagihan yang telah disahkan oleh Jurutera Profesional;
vii) lukisan skematik utama voltan tinggi atau rendah yang telah disahkan oleh Jurutera Profesional;
viii) simple financial analysis atau project financial modelyang berkaitan; dan
ix) carta organisasi, senarai pemegang saham dan pegangannya serta senarai orang-orang kompeten (sekiranya berkenaan).
LAMPIRAN 1
CARTA ALIRAN PEMPROSESAN PERMOHONAN PROVISIONAL LICENCE
LAMPIRAN 2
BORANG PERMOHONAN PELESENAN PROVISIONAL LICENCE
BORANG PERMOHONAN PROVISIONAL LICENCE
BAHAGIAN A : SENARAI SEMAK DOKUMEN & LUKISAN YANG DIPERLUKAN
1) Provisional Licencedikeluarkan untuk penjanaan/penjualan yang menggunakan sumber tenaga boleh baharu di bawah Skim Tarif Galakan selaras dengan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.
2) Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap dalamdua salinandan dikemukakan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pejabat Suruhanjaya Tenaga.
3) Permohonan ini hendaklah ditandatangani dan dicop oleh pemohon sendiri atau pihak pengurusan syarikat.
4) Lukisan hendaklah ditandatangani dan dicop oleh seorang Jurutera Profesional (Elektrik) yang dilantik oleh pemohon.
5) Berikut adalah senarai dokumen dan lukisan yang perlu disertakan bersama permohonan ini. Tandakan (√ ) dalam kotak berkenaan
ITEM | DOKUMEN-DOKUMEN DAN LUKISAN-LUKISAN YANG DIPERLUKAN | |
1.0 | Salinan Kelulusan Tarif Galakan dan disahkan oleh Pihak Berkuasa Tenaga Boleh Baharu | |
2.0 | Pelan lokasi dan pelan tapak kawasan bekalan wajib bagi sistem pengagihan dalam ukuran saiz A4 atau A3 | |
3.0 | Lukisan skematik utama voltan tinggi atau voltan rendah (draf memadai sekiranya rekabentuk sistem belum dimuktamadkan) | |
4.0 | Ringkasan projek yang menerangkan secara terperinci berhubung aktiviti yang ingin dilesenkan | |
BAHAGIAN B : BUTIR-BUTIR PERMOHONAN
(Tandakan (√ ) dalam kotak berkenaan)
1.0 | Nama Syarikat/Pemohon No. Pendaftaran Syarikat/ No. Kad Pengenalan Pemohon Alamat Berdaftar No. Telefon No. Faksimili | ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. |
2.0 | Alamat Surat Menyurat No. Telefon No. Faksimili E-mel | ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. ………………………………………………………….. |
3.0 | Butiran Tapak Pepasangan (termasuk keseluruhan kawasan bekalan jika melibatkan aktiviti pengagihan) | No. Lot ………………………………………………. Mukim ………………………………………………. Daerah ………………………………………………. Poskod ………………………………………………. Negeri ………………………………………………. |
4.0 | Kategori Penggunaan | Perniagaan Pengilangan/Industri Perladangan Kegunaan sendiri |
5.0 | Keupayaan Pepasangan | ……………………………………………………….. |
6.0 | Kapasiti Terpasang | ……………………………………………………….. |
7.0 | Kadar Tarif Galakan (FiT rate) | ……………………………………………………sen/kWj |
8.0 | Tempoh Kelayakan Feed-in Tariff | ……………………………………………………tahun |
9.0 | Jenis Bahanapi | Biomas Biogas Solar PV Small Hidro |
10.0 | Jenis Teknologi | ……………………………………………………….. |
11.0 | Sistem Penghantaran 10.1 Nama Pemegang Lesen Awam 10.2 Pengagihan 10.3 Bilangan litar dan Voltan 10.4 Jarak dari ke 10.5 Kaedah penghantaran | ………………….Litar ………………….kV ……………………………………………. km ……………………………. ……………………………. Talian atas Kabel bawah tanah Dasar laut Lain-lain (Sila nyatakan: ………………………………..) |
12.0 | Tarikh Pentauliahan Pepasangan | ……………………………………………………….. |
13.0 | Tarikh Mulatugas | ……………………………………………………….. |
L
BAHAGIAN C : PENGAKUAN PEMOHON
- Saya ……………………………………………..……………… No. K.P ……………………………… mengaku bahawa maklumat-maklumat yang terkandung di dalam permohonan ini adalah benar dan kenyataan-kenyataan adalah betul dan saya sedar adalah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta Bekalan Elektrik 1990 jika maklumat-maklumat yang diberikan itu adalah palsu.
- Saya akan menjawat orang kompeten untuk menjaga, mengendalikan dan menyelia pepasangan menurut Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat dibawahnya dan memaklumkan Suruhanjaya Tenaga berkenaan dengan perlantikan tersebut.
- Saya dengan ini melantik juruperunding ………………………………………… bagi pihak saya untuk memastikan permohonan ini memenuhi kehendak Suruhanjaya Tenaga.
- Saya bersetuju untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat lesen awam yang diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga
………………………………………………………… Tandatangan Pemohon Nama : …………………………………………… …………………………………………… Jawatan : …………………………………………… Cop Rasmi Tarikh : …………………………………………… ………………………………………………………… Tandatangan Juruperunding Yang Dilantik Nama : …………………………………………… …………………………………………… Jawatan : …………………………………………… Cop Rasmi Tarikh : …………………………………………… |
BAHAGIAN D : PENGESAHAN JURUTERA PROFESSIONAL
Saya mengesahkan bahawa pepasangan baru ini telah direkabentuk dan diselia oleh saya mengikut kehendak perundangan yang berkaitan serta mengikut amalan kejuruteraan yang baik (good engineering practice) ………………………………………………………… Tandatangan Nama : …………………………………………… …………………………………………… Alamat : …………………………………………… Nama & Cop Jurutera Profesional …………………………………………… Tarikh : …………………………………………… |
LAMPIRAN 3
CONTOH PROVISIONAL LICENCE
(tertakluk kepada perubahan)
ELECTRICITY SUPPLY ACT 1990
(ACT 447)
PROVISIONAL LICENCE
PART I – TERMS OF LICENCE
- The Energy Commission, with the approval of the Minister of Energy, Green Technology and Water, in exercise of the powers conferred by section 9 of the Electricity Supply Act, 1990 (hereinafter referred to as "the Act") and of all other powers exercisable by it for that purpose, hereby grants to (name of licensee), a company incorporated under the Companies Act, 1965, having its registered office at (licensee registered address) (hereinafter referred to as "the Licensee"), a licence for the period specified in paragraph 2, subject to the terms in this Part and Conditions set out in Part II of this Licence (hereinafter referred to as "the Conditions"), the Act and to any Regulations made or which may be made under the Act and to revocation as provided for Part II, to use, work or operate any electrical installation to be constructed by or for the Licensee at (area of supply) more particularly shown in the Location / Site Plan attached as Annex A (hereinafter referred to as the "generating facility"), and to supply electricity to and for the use of (name of distribution licensee) and/or to any other person permitted by the Energy Commission with the approval of the Minister in writing (hereinafter referred to as “Buyer”).
- The Licence may extend to authorising the Licensee to lay, place, carry on or maintain any posts, cables or wires for the purpose of erecting and installing supply lines, installation or equipment on, along, through, under or over any land, in accordance with the provisions of the Act.
- This Licence shall enter into force from the date of issue and shall be of (no of years) years duration from the date hereof but, without prejudice to Part II of this Licence, shall be subject to revocation.
- The granting of this Licence does not remove any need by the Licensee to comply with any provision of any other written law or to obtain any other licence that are required under any other written law for the time being in force.
- This Licence is provisional for the period mentioned in paragraph 3 and shall be subjected to the approval by the Commission for subsequent issuance of permanent licence upon achieving Initial Operation Date.
(DATUK IR AHMAD FAUZI BIN HASAN )
Chief Executive Officer
Energy Commission
Dated :
PART II – THE CONDITIONS
1. DEFINITION
“Act” | means Electricity Supply Act 1990 (Act 447) including its subsequent amendments and any regulations made thereunder; |
“Buyer” | means (name of Distribution Licensee) or any other person permitted by the Commission with the approval of the Minister in writing for the Licensee to sell or supply energy; |
“Feed-In Approval” | means approval granted under Section 7 of Renewable Energy Act 2011; |
“Generating Facility” | means any plants or equipment and its associated facility enabling electricity to be generated or produced; |
“Initial Operation Date” | means the date on which licensee installation first transmits renewable energy to the distribution licensee’s electricity distribution network, in accordance with Renewable Energy Act 2011 |
“Licensee Installation” | means any plants or equipment and its associated facility such as generating facility, building, substation, cables or lines, tower or poles, which is owned, operated or used by the Licensee. |
“Provisional Licence” | means a licence issued under Section 9 of the Act for the purpose of initial commencement of the renewable energy project pursuant to the Renewable Energy Act 2011 |
“Permanent Licence” | means a licence issued under Section 9 of the Act, subsequent to the provisional licence and upon the generating facility achieving Initial Operation Date. |
| | |
2. LICENCED CAPACITY
The installed capacity of the electricity generating facility using renewable sources shall not be more than _____ MW.
3. COMPLIANCE WITH LAWS
The Licensee shall ensure that it complies at all times with the provision of the applicable law of Malaysia, in particular with the provision of the Electricity Supply Act 1990 and all Regulations made thereunder.
4. LICENSEE INSTALLATIONS
The designs, plans, specifications and details for the installation shall be prepared, approved or certified by suitably qualified engineer(s) registered as professional engineer(s) with Board of Engineers, Malaysia (hereinafter referred to as “the Plan and Specification”).
The Licensee shall set up its own quality control and quality assurance team consisting of suitably qualified personnel to ensure that installation, construction, testing and commissioning of the installation, the material used and the equipment are in accordance with prudent utility practices.
5. PROVISION OF INFORMATION
The Licensee shall provide to the Commission, in the manner and form decided by the Commission, such information as the Commission may from time to time require and which is, in the opinion of the Commission, relevant to the Commission’s functions under the Act.
6. PRUDENTIAL REPORTING
The Licensee shall report the occurrence of any of the following circumstances to the Commission as soon as possible:
(a) A receiver or liquidator has been appointed for the licensee;
(b) If any action taken for voluntary winding up or dissolution of the
Licensee’s company or any order pursuant to the Companies Act 1965 is made for the compulsory winding up of the Licensee’s company.
During the period of this Licence, the Licensee shall submit to the Commission a project schedule and monthly progress report on the implementation of the project.
7. ISSUANCE OF PERMANENT LICENCE
Prior to the generating facility achieving Initial Operation Date, the Licensee shall submit to the Commission not later than…….……….days before such date, an application for the issuance of a permanent licence in the manner and form as determined by the Commission and shall include such documentations:
i) A renewable energy power purchase agreement duly executed with the Buyer pursuant to Section 12 of the Renewable Energy Act 2011;
ii) A letter or agreement on fuel supply (where applicable); iii) A letter of approval from the financier of the projects;
iv) An approval of the Environmental Impact Assessment of the project from Department of Environmental Quality (where applicable)
v) A relevant certification from the Commissioning Engineer appointed by the Licensee certifying that the Licensee’s Installation has passed all inspections, test and requirements for a safe operation of the installation.
8. AUTHORITY TO REVIEW TERMS AND CONDITIONS
During the period of this Licence, the Commission may add to, vary or revoke any of the term and Conditions in this Licence whenever it appears necessary or expedient for the purpose of extending Part I of the Licence or meeting the technical, safety and efficiency requirements of the project.
The Commission shall give 30 days notice to the Licensee of its intention to add to, vary or revoke any of the term and Conditions in this Licence, and shall decide after taking into consideration any submission by the Licensee.
9. PAYMENT OF FEES
The Licensee shall, at the times stated hereunder, pay to the Commission the amount of fees as provided for in the Regulations currently in force:
(a) on the issuance of the Licence; and (b) thereafter, an annual fee when due
10. REVOCATION
The Energy Commission may at any time revoke this Licence by giving not less than thirty (30) days notice in writing to the Licensee at its registered office in any of the following circumstances: -
(a) If the Licensee agrees in writing that this Licence should be revoked.
(b) Upon breach of any of the Conditions of the Licence, and has failed or neglected to remedy the same after the Licensee has been requested to do so by the Energy Commission.
(c) If the Licensee has failed to comply with any directive or order or notice given in writing pursuant to the Conditions of this Licence by the Energy Commission.
(d) If the Licensee ceases to work or operate the installation.
(e) If any amount payable under the Licence is unpaid after it has become due whether notice in writing has been given to the Licensee or not.
(f) If the Feed-in Approval pursuant to Renewable Energy Act 2011 is revoked or surrendered.
LAMPIRAN 4
SOALAN-SOALAN LAZIM
(FAQ)
SOALAN-SOALAN LAZIM
1. Berapakah jumlah modal berbayar syarikat (paid-up capital) yang layak untuk mendapatkan provisional licence dari Suruhanjaya Tenaga?
Jawapan:
Projek yang memerlukan pinjaman bank perlulah mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya 2% daripada jumlah kos projek atau RM 200,000.00 atau yang mana-mana lebih tinggi.
2. Siapakah yang layak untuk memohon provisional licence daripada Suruhanjaya Tenaga?
Jawapan:
Pemegang Kelulusan Tarif Galakan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) bagi pembangunan projek baru.
3. A) Sekiranya saya pemegang lesen SREP sedia ada, bagaimanakah cara saya memohon lesen setelah memperolehi Kelulusan Tarif Galakan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)?
Jawapan:
Pemegang lesen SREP sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan baru, hanya memadai dengan mengemukakan salinan kepada Suruhanjaya Tenaga suatu Kelulusan Tarif Galakan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).
B) Adakah permohonan lesen baru tersebut mengikut tempoh lesen sedia ada atau diberikan tempoh lesen yang baru mengikut tempoh kelayakan Feed In Tarif (FIT)?
Jawapan:
Lesen baru tersebut akan diberikan mengikut tempoh lesen sedia ada. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Tenaga akan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh lesen mengikut tempoh kelayakan FIT setelah menganalisa prestasi teknikal dan kewangan pemegang lesen tersebut.
4. Sekiranya saya telah menandatangani REPPA dengan mana-mana pemegang lesen awam pengagihan (misalannya syarikat A) dan didapati tempoh lesen Syarikat A tamat lebih awal dari tempoh perjanjian REPPA, adakah perjanjian tersebut terbatal dengan sendirinya atau masih sah?
Jawapan:
Perjanjian REPPA tersebut masih sah. Pada kebiasaannya, sekiranya tempoh sesuatu lesen hampir tamat, Suruhanjaya Tenaga akan mempertimbangkan untuk lanjutan tempoh lesen atau menawarkan kepada syarikat lain untuk mengambil alih sistem pengagihan tersebut. Dalam hal ini, Tuan perlu menandatangani perjanjian REPPA yang baru sekiranya pemegang lesen awam pengagihan tersebut telah bertukar milik.
5. Berapakah tempoh sesuatu permohonon provisional licence untuk siap? Jawapan:
4 minggu bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
6. Apakah status pemilikan ekuiti bagi permohonan lesen awam kekal? Jawapan:
Pegangan ekuiti bumiputera dan asing perlu berlandaskan polisi Kerajaan yang berkuatkuasa.
7. Berapa lamakah tempoh sesuatu pegangan saham syarikat perlu dikekalkan bagi pemegang lesen tenaga boleh baharu di bawah skim tarif galakan?
Jawapan:
Pegangan saham syarikat tidak boleh berubah dalam tempoh 2 tahun dari tarikh mula tugas (Commercial Operation Date)
8. Mengapakah analisis kewangan perlu dilampirkan untuk memohon lesen awam kekal?
Jawapan:
Analisis Kewangan Mudah hendaklah dilampirkan bertujuan untuk Suruhanjaya Tenaga membuat penilaian sama ada aktiviti perlesenan yang dipohon adalah berdaya maju (viable) atau tidak.
9. Berapakah fi yang perlu dibayar?
Jawapan:
Bagi pepasangan yang belum mula tugas, fi lesen adalah berdasarkan kepada kiraan satu sen setiap kilowatt mengikut keupayaan pepasangan seperti yang dinyatakan dalam lesen.
Bagi pepasangan yang telah mula tugas, fi lesen adalah berdasarkan kepada kiraan RM1.50 bagi setiap kilowatt mengikut keupayaan pepasangan seperti yang dinyatakan dalam lesen.Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada pepasangan yang tidak melebihi 10 Megawatt yang mana fi minimum adalah RM100.00 dan fi maksimum adalah RM2,000.00